2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 13 April 2025   
@ 15 Syawal 1446H / 8:36 AM

14Jumaat,Jun

AS sasar China sejak 2009

Akhbar The South China Morning Post memaparkan laporan berdasarkan wawancara dengan Edward Snowden. - Foto REUTERS

 

Pendedahan intipan rahsia uji Washington, Beijing

 

BEIJING, 13 Jun 2013 - Hubungan Amerika Syarikat dan China bakal teruji selepas bekas kontraktor Amerika mendedahkan bahawa intipan Washington terhadap Beijing menerusi sistem komputer berjalan sejak 2009.

 

Merumitkan keadaan, sumber maklumat itu, Edward Snowden, 29, berada di Hong Kong dan berikrar untuk melawan sebarang langkah menghantarnya pulang.

 

"Saya ada banyak peluang untuk lari dari Hong Kong tetapi saya akan terus berada di sini dan melawan cubaan Amerika kerana saya percaya kepada mahkamahnya" Edward Snowden, Bekas kontraktor

 

Snowden juga memberitahu akhbar South China Morning Post bahawa Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika (NSA) menggodam komputer di China dan Hong Kong sejak lima tahun lalu.

 

“Cara kes itu diuruskan adalah cabaran kepada hubungan Beijing dan Washington yang semakin baik kerana Snowden berada di wilayah China ketika suasana tegang dalam isu keselamatan siber,” kata China Daily.

 

61,000 operasi menggodam

P

endedahan itu memalukan Washington ketika ia meningkatkan tuduhan bahawa Beijing menyokong usaha menggodam.

 

Minggu lalu, Presiden Barack Obama dan Xi Jinping membincangkan isu itu dalam sidang dua hari di California.

 

Sementara itu, ketika mengulas ulasan mengenai tindakannya mendedahkan intipan rahsia itu, Snowden berkata: “Saya bukan pembelot atau wira. Saya warga Amerika.”

 

Snowden memberitahu akhbar South China Morning Post bahawa wujud 61,000 operasi menggodam oleh NSA di seluruh dunia menyasarkan berpuluh ribu komputer individu.

 

Di China dan Hong Kong, beratus-ratus sasaran dikenal pasti dan Snowden menyifatkan operasi itu satu bukti hipokrasi kerajaan Amerika apabila mendakwa tidak menjadikan infrastruktur awam sebagai sasaran.

 

Snowden menuduh kerajaan Amerika cuba membuli Hong Kong supaya mengusirnya sebelum dia sempat mendedahkan butir intipan sulit NSA terhadap sistem komunikasi kewangan dan perdagangan China.

 

Warga Amerika itu juga menegaskan bahawa beliau akan melawan sebarang cubaan ekstradisi.

 

“Saya ada banyak peluang untuk lari dari Hong Kong tetapi saya akan terus berada di sini dan melawan cubaan Amerika kerana saya percaya kepada mahkamahnya,” kata Snowden. - AFP

Unknown , Jumaat, Jun 14, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog