Anda ada Alzheimer? 5 tips mencegah penyakit mudah lupa
B |
erjuta-juta manusia di dunia kini mengalami penyakit Alzheimer dan bahkan sakit yang menyerang bahagian otak ini masuk ke dalam 7 punca utama kematian manusia di dunia.
Hingga kini, tidak ada satu pun ubat atau kaedah perubatan yang benar-benar boleh menyembuhkan penyakit ini. Namun, kajian yang dilakukan sejak tiga tahun lalu menunjukkan makanan tertentu, pemakanan, dan gaya hidup dapat menjadi terapi terbaik untuk merawat dan menyumbang dalam pencegahan Alzheimer.
Tanda-tanda awal anda menghidap Alzheimer :
I. kehilangan memori
II. kekeliruan tentang lokasi tempat
III. lebih lama untuk menyelesaikan tugas harian
IV. kesulitan menguruskan wang dan membayar bil
V. miskin penilaian yang mengarah ke keputusan yang buruk
VI. hilangnya rasa spontan dan inisiatif
VII. suasana hati dan perubahan personaliti yang kerap
VIII. mudah cemas
IX. kehilangan memori dan kebingungan yang kerap
X. masalah mengenali rakan dan ahli keluarga
XI. kesulitan dengan bahasa, termasuk masalah dengan membaca dan menulis
XII. kesulitan bekerja dengan angka dan nombor
XIII. kesulitan mengatur fikiran dan berfikir secara logik
XIV. ketidakmampuan untuk belajar hal-hal baru atau menghadapi situasi yang baru atau tidak terduga
XV. gelisah dengan mudah
XVI. suka berjalan di malam hari
XVII. pernyataan atau gerakan berulang
XVIII. halusinasi dan delusi, kecurigaan atau paranoia, mudah marah
XIX. kehilangan kawalan impuls
Berikut tips-tips yang boleh anda lakukan untuk mencegah mahupun merawat gejala Alzheimer:
1. Makanan ala Diet Mediterranean :
Para penyelidik mendapati bahawa orang mengambil diet Mediterranean secara teratur risikonya adalah 38 peratus lebih rendah terkena penyakit Alzheimer. Diet Mediterranean yang kaya dalam kacang-kacangan, lemak sihat (dari salad dressing, alpukat).
Diet mediteranian juga dikenali kerana kerana daging merah, daging organ, mentega dan susu tinggi lemak.
2. Berhenti merokok.
Saintis mendapati merokok berkaitan secara langsung dengan peningkatan demensia ( mudah lupa ) di kemudian hari. Mereka mendapati bahawa orang-orang yang biasanya merokok dua kotak sehari mempunyai risiko 100% lebih besar terdiagnosis demensia daripada yang tidak merokok.
3. Makan Saderi dan Paprika Hijau.
Di dalam sayur saderi dan lada hijau terdapat satu enzim yang bernama luteolin. Kandungan zat ini telah dibuktikan penyelidik dari Universiti Illinois, Amerika Syarikat, bagus untuk mengurangkan radang otak yang disebabkan Alzheimer dan kehilangan memori.
4. Minum Kopi.
Dalam salah satu artikel di dalam European Journal of Neurology ada menyebut bahawa orang-orang yang cukup banyak minuman berunsurkan kafein mempunyai risiko yang jauh lebih rendah terkena Alzheimer daripada mereka yang sedikit atau tidak sama sekali mengambil kafein.
Artikel lain yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer Disease berkata kadar kafein abnormal ketara menurunkan protein yang berkaitan dengan Alzheimer dan 50 peratus pengurangan di peringkat amyloid beta, zat yang membentuk gumpalan melekat plak dalam otak para pesakit Alzheimer.
5. Bersenam (Sukan).
Tujuan latihan sukan untuk pesakit dengan penyakit Alzheimer tidak hanya meningkatkan keadaan fizikal tetapi juga memanjangkan mobiliti indipenden mereka. Mobiliti bebas penting terutama bagi mereka pesakit Alzheimer, kerana salah satu gejala Alzheimer yang sering tidak dibincangkan adalah kurangnya keseimbangan, jatuh, dan tersandung. Hal ini menyebabkan kecederaan dan keperluan untuk pengawasan berterusan pada pesakit Alzheimer.
Dengan menggabungkan 60 minit latihan-latihan pada hari-hari dalam seminggu, dan rehat teratur, seseorang dapat meningkatkan mobilitinya dan dapat mengurangkan bergantung hidup dengan orang lain.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "