PUTRAJAYA, 13 Jun 2013 - Kementerian Kesihatan mengesan dua lagi produk makanan dari Taiwan yang tercemar dengan asid maleik.
Produk makanan terbaru yang dikesan mengandungi asid maleik ialah produk Tapioca Pearls yang diimport daripada Syarikat La Kaffa International Co Limited dan Taiwan QQ Balls daripada Syarikat Woei Perng Enterprise Co Limited.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata kementerian telah mengarahkan pihak pengimport Tapioca Pearls iaitu Syarikat Loob Holdings Sdn Bhd dan pengimport Taiwan QQ Balls iaitu Syarikat Happy Grass Marketing Sdn Bhd menarik balik dan melupuskan produk berkenaan.
"Pihak industri diminta berhenti menggunakan produk berkenaan.
"Bagi pengguna yang telah membeli produk makanan itu, dinasihatkan jangan memakannya dan pulangkan produk itu kepada penjual atau buang. Bagaimanapun pengguna yang telah memakan produk itu sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata sebanyak 155 sampel produk makanan yang merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mi dan mihun kering tapioca starch di pasaran tempatan dan yang diimport telah dianalisis untuk parameter asid maleik.
Berdasarkan perkembangan terkini, Noraini berkata terdapat satu lagi produk makanan yang dilapor mengandungi asid maleik iaitu Tapioca Pearls (Roselle) dari Syarikat Shui Yan She, Taiwan namun produk itu tidak diimport ke Malaysia.
"Sebagai langkah berjaga-jaga kementerian telah mengantung pengimportan produk makanan itu," katanya sambil menambah bahawa jumlah produk makanan yang digantung pengimportan oleh kementerian ialah 23 produk.
Noraini berkata kementerian juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap produk makanan serupa keluaran syarikat lain di Taiwan melainkan pengimport berkenaan dapat mengemukakan sijil analisa daripada makmal yang diiktiraf oleh Food and Drug Administration (FDA) Taiwan yang mengesahkan bahawa produk itu bebas daripada asid maleik.
Beliau berkata kementerian akan meneruskan pemantauan terhadap produk makanan Taiwan di pintu masuk serta yang telah berada di pasaran tempatan dan orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari negara itu.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau layari laman web - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "