Beijing, 19 Mar 2013 - China termasuk dalam senarai lima pengeksport senjata terbesar dunia, kata kumpulan pemikir Sweden semalam.
Berada di tempat kelima, ia adalah kedudukan tertinggi China sejak Perang Dingin dengan Pakistan sebagai pembeli utama.
Kadar eksport senjata China antara 2008 dan 2012 meningkat 162 peratus berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.
Kini, perkongsiannya dalam perdagangan senjata global meningkat daripada dua kepada lima peratus, kata Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI).
China menggantikan Britain dalam senarai lima negara paling banyak urus niaga senjata antara 2008 dan 2012.
Kumpulan itu dikuasai Amerika Syarikat yang mencatat 30 peratus kadar eksport manakala Russia, 26 peratus, kata SIPRI.
“China mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal senjata besar kepada beberapa negara dan bilangannya meningkat,” menurut kenyataan Pengarah Program Pemindahan Senjata SIPRI, Paul Holtom.
Perubahan itu digariskan dalam laporan Aliran Pemindahan Senjata Antarabangsa SIPRI yang menandakan kali pertama China menjadi lima pengeksport senjata utama sejak data terakhir kumpulan pemikir itu pada 1986-1990.
Patuhi undang-undang antarabangsa
Jurucakap Kementerian Luar China Hong Lei, ketika ditanya mengenai laporan itu, berkata China pengeksport senjata bertanggungjawab yang mematuhi undang-undang antarabangsa. - Reuters
Fakta nombor: 55 peratus eksport senjata China dibeli Pakistan

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "