2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 11 April 2025   
@ 13 Syawal 1446H / 3:07 AM

19Selasa,Mac

Cerpen :: Cili Girls : Part 4

APARTMEN JULLIAN & FAHMI…..

 

"Daniel, kenapa muka kau masam je hari ini?. Rumah sukan kau dapat johan tapi kau buat muka tengik pula. Apa kes?"

 

Fahmi yang merupakan teman serumah juga rakan sekerja Daniel Jullian bertanya setelah melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan pemuda itu. Jullian berbaring di atas sofa dan merenung siling seperti memikirkan sesuatu. Rumah sukan Panglima telah menjuarai Sukan tahun itu. Malangnya, Jullian langsung tidak berasa gembira.

 

"Takde apa-apa kes pun,"Jullian jawab ringkas. Walhal dia agak bengang dengan Fahmi kerana berjaya menarik perhatian Stella.

 

"Em.. kau jeles dengan aku sebab Stella sokong aku masa pertandingan larian antara guru tadi ya?"

 

Berderau darah Jullian apabila mendengar tebakan Fahmi yang benar belaka itu. Entah bagaimanalah rakan baiknya itu boleh meneka perasaannya.

 

"Er.. mana ada. Kenapa aku nak jeles dengan kau pulak?. Aku yang menjuarai pertandingan tu, jadi aku tak perlu nak jeles dengan kau."

 

Jullian bersuara angkuh cuba menyembunyikan rahsia hatinya. Fahmi hanya ketawa kecil. Perubahan wajah Jullian sewaktu Stella menyorak namanya di padang tengahhari tadi jelas menunjukkan yang sahabatnya itu cemburu dengan dirinya. Someone got crush with his student!.

 

"Yalah tu tak jeles. Kalau tak jeles takdelah kau hampir saja terjatuh atas padang tadi bila kau dengar Stella sorak nama aku kan? Kau ni lawaklah Daniel. Kalau kau suka kat Stella tu, mengaku sajalah. Tak payahlah kau buat muka tapai basi macam tu. Meluat aku tengok."

 

Fahmi ketawa kecil sambil menyisip milo panasnya memandang wajah Jullian yang sudah merona merah. Malu kerana dicekup mencintai pelajar sendiri.

 

"Er.. kalau aku cakap aku suka kat Stella, kau takkan anggap aku bukan-bukan kan?"

 

Jullian memberanikan diri mendedahkan perasaan sebenarnya. Fahmi rakan baiknya, sudah tentu Fahmi tidak akan menghebahkan hal itu pada orang lain.

 

"Bukan-bukan apanyalah.. Ramai kut cikgu bercinta dan berkahwin dengan pelajar sendiri. Apa yang peliknya. Walaupun kita ni guru, kita tetap manusia dan seorang lelaki. Jadi, tiada peliknya jika kita boleh jatuh cinta pada seorang gadis walaupun gadis itu pelajar kita sendiri."

 

Penjelasan Fahmi membuatkan Jullian menghembus nafas lega. Nampaknya Fahmi memang berfikiran terbuka seperti dirinya juga.

 

"So.. sekarang ni, kau nak mengakulah yang kau sukakan Stella?. Since when you had fall in love with her?"

 

Fahmi bertanya selamba apabila melihat Jullian mendiamkan diri.

 

"Em.. sejak pertama kali aku menjejakkan kaki dalam kelas 5 Sains dulu, aku dah jatuh hati padanya. Entahlah.. aku tak tahu mengapa aku boleh jatuh cinta pada pelajar nakal macam Stella tu.. tapi.."

 

"Dahlah, tak payah tapi-tapi lagi. Cinta itu satu perkara kompleks untuk diterangkan. Kalau kau cakap kau dah jatuh cinta pada Stella, aku langsung tak hairan. Stella cantik, pandai dan dia nakal sangat. Aku rasa perangai nakal dia tulah yang menyebabkan kau semakin suka untuk mendekati dia kan?"

 

Tekaan Fahmi memang benar sekali. Jullian hanya mampu mengangguk-angguk kecil. Walaupun Stella nakal dan gemar buat onar, dia tetap juga suka akan gadis comel itu.

 

"I totally admit that I love her. Tapi Fahmi, aku langsung tak tahu pasal background dia, siapa parents dia, dia asal dari mana dan dimana dia tinggal sebelum ini. Crystallisa Stella is so mistery."

 

Jullian berbicara perlahan. Dia berani mengaku yang dia cintakan Stella dan dia juga berani mengaku yang Stella amat misteri.

 

"Aku pun tak tahu sangat Daniel. Apa yang aku tahu, tahun lepas.. Stella adalah pelajar baru yang berpindah masuk ke sekolah kita dari Sekolah Maxwell di Kuala Lumpur. Aku ada dengar khabar yang Stella tu anak Tan Sri, tapi.. aku tak pasti betul atau tidak. Dia masuk dalam sekolah kita dan mula berkawan baik dengan Marziana, Saddyana, Aina, Sri Amira dan Siti Solehanom sebelum membentuk kumpulan Cili Girls. Mengikut khabar angin yang aku dengar, Stella tu bekas pelajar gangster. Sebab tu dia kena buang sekolah."

 

Kening Jullian bertaut mendengar penyataan akhir Fahmi.Stella gangster?. Jullian langsung tidak percaya. Gadis itu tidak pernah pula terlibat dalam aktiviti vandalism selama ini begitu juga dengan Cili Girls.

 

 

 


Bersambung……..


 

Oleh : anabella

Rokiah Mad Dom , Selasa, Mac 19, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog