L |
apan tahun berlalu dari tarikh Stella meninggalkan sekolah, Cili Girls juga Jullian. Selama lapan tahun juga Jullian akan menangis setiap kali lagu Stay nyanyian Miley Cyrus yang didendangkan oleh Stella dalam disc yang dihadiahkan gadis itu kali lepas menyapa gegendang telinganya.
Sungguh dia rindu akan gadis itu dan dia rasa sangat menyesal kerana tidak dapat menghalang pemergian Stella kali lepas. Akibatnya, sehingga kini gadis itu hilang tanpa sebarang berita. Setiap kali malam menjelma, Jullian akan tercari-cari kelibat bintang untuk meluahkan rasa rindunya terhadap gadis itu. Sungguh kehadiran dan kehilangan Stella buat dia hilang arah.
"Daniel, ada orang nak jumpa kamu."
Datin Salwa hanya menggeleng-geleng kepala melihat gelagat Jullian yang seperti orang kematian bini itu. Jullian kelihatan semakin kurus dan tidak terurus walaupun dia sudah lama tidak menjadi guru kerana telah menjadi pensyarah di USM. Datin Salwa, ibu kepada Jullian mengetahui mengenai cinta anaknya terhadap pelajarnya sendiri melalui Fahmi.
Jullian yang sedang termenung di balkoni bilik tidurnya hanya melangkah longlai menuju ke pintu utama.
"Suprised!"
Jullian hanya tersenyum hambar melihat kelibat Cili Girls tanpa kehadiran Stella sedang tercongok dihadapan pintu villa keluarganya. Saban tahun mereka berlima akan datang untuk menjemput Jullian menghadirkan diri bagi majlis makan-makan antara bekas para pelajar kelas 5 Sains juga bekas guru-guru kelas itu. Dan.. sudah lima tahun juga Stella tidak pernah memunculkan diri sejak majlis itu diadakan.
Apabila Jullian bertanya kepada Cili Girls, mereka menyatakan yang Stella sedang menuntut pelajaran di University Oxford dalam bidang perniagaan. Stella tidak pernah lost contact dengan lima sahabatnya itu seperti yang dijanjikan. Cuma Jullian agak terkilan bila Stella langsung tidak pernah ingin berhubung dengannya.
Bila ditanya lagi, kata mereka Stella sudah menjadi businesswoman menggantikan posisi ayahnya sebagai C.E.O Sapphirzen Corporation. Kata mereka Stella dan ayahnya sudah berbaik-baik. Syukur Alhamdullilah..
Dan.. bila ditanya lagi tentang Stella, Cili Girls akan jawab.. 'jangan bimbang, Stella sentiasa merindui cikgu, dia cuma cintakan cikgu seorang saja'.
Akhirnya, Jullian malas bertanya lagi. Dia takut untuk terus memasang harapan palsu berdasarkan kata-kata Cili Girls.
Pasangan kembar Sri Amira dan Siti Solehanom sudah menjadi doctor dan mempunyai klinik persendirian. Marziana pula semakin popular apabila berkecimpung dalam sukan badminton negara. Aina menjadi pramugari M.A.S sementara Saddyana langsung tidak dijangka menjadi seorang wartawan. Cili Girls sudah berjaya dengan jayanya. Cuma Stella saja yang Jullian tidak tahu khabar berita. Semua ahli Cili Girls belum mendirikan rumah tangga dan Jullian sangat berharap yang Stella akan mendirikan rumah tangga dengannya kelak.
N |
ampaknya, kali ini acara makan-makan diadakan di persisiran pantai Lido, Johor Bharu. Jullian hanya mampu mengeluh panjang melihat bintang bergemerlapan di atas langit. Berapa lama lagi dia perlu menunggu kehadiran Stella?.
"Cikgu, cikgu duduk kat sini diam-diam. Ada persembahan istimewa selepas ini." Marziana mengarahkan Jullian duduk di sebuah meja yang terletak betul-betul di hadapan pentas tersergam indah yang terdapat sebuah piano putih diatasnya.
Jullian hanya menggeleng-geleng kecil. Ada-ada saja suprise yang dibuat oleh Cili Girls untuknya.
Jullian hanya tersenyum hambar sebelum ralit memerhatikan bintang di atas langit. Tidak mempedulikan orang ramai yang bertepuk tangan melihat kelibat seorang gadis berkebaya juga bertudung litup sedang memainkan piano di atas pentas.
'Well it's good to hear your voice
I hope your doing fine
And if you ever wonder,
I'm lonely here tonight
Lost here in this moment and time keeps slipping by
And if I could have just one wish
I'd have you by my side
Oooh, oh I miss you
Oooh, oh I need you
And I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday
Say you love me more than you did before
And I'm sorry it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
Jullian tersentak, dia yang tadinya asyik melihat bintang di atas langit terus saja memandang ke arah pentas untuk memastikan tuan empunya suara. Sangkanya dia bermimpi, sangkanya telinga dia sudah naik tuli mendengar lagu yang sama setiap hari. Namun, kali ini.. dia rasa penantiannya sudah menjadi nyata.
Lagu sama yang ditinggalkan Stella kali lepas kini sedang dinyanyikan secara langsung untuk dirinya. Jullian tergamam apabila matanya bertemu dengan sepasang mata bulat yang amat dirinduinya itu.
'Well I try to live without you
The tears fall from my eyes
I'm alone and I feel empty
God I'm torn apart inside
I look up at the stars
Hoping your doing the same
Somehow I feel closer and I can hear you say
Oooh, oh I miss you
Oooh, oh I need you
Stella yang menahan air matanya sedari tadi akhirnya mengalirkan jua titisan mutiara jernih yang sudah bertahun disimpannya dalam hati. Dia tidak menyangka yang Jullian masih menanti dirinya seperti yang selalu dikhabarkan Cili Girls. Setelah lapan tahun berlalu barulah dia dapat bersua muka kembali dengan lelaki yang dirinduinya itu. Selama ini dia hanya melihat bintang untuk melepaskan kerinduan pada pemuda itu.
And I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed, no one can take your place
It gets harder everyday
Say you love me more than you did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
Always stay
I never wanna lose you
And if I had to I would choose you
So stay, please always stay
You're the one that I hold onto
'Cause my heart would stop without you
And I love you more than I did before
And if today I don't see your face
Nothing's changed no one can take your place
It gets harder everyday
Say you love me more than you did before
And I'm sorry that it's this way
But I'm coming home, I'll be coming home
And if you ask me I will stay, I will stay
I'll always stay'
Sebaik saja tamat menyanyikan lagu yang menyampaikan seribu satu maksud tentang perasaan Stella terhadap Jullian, Stella turun dari pentas dan dia mendapatkan pemuda yang langsung tidak berkelip memandangnya dari tadi.
"I love you Ku Jullian Daniel, if you ask me to stay, I will stay.. I'll always stay at your heart.."
Selama lapan tahun menunggu, akhirnya Jullian dapat juga mendengar balasan cintanya dari bibir Stella. Jullian rasa terpaku dan hatinya rasa sebak tiba-tiba. Stella juga merasakan perkara yang sama.
"Please.. always stay by my side. Jangan tinggalkan saya lagi. Saya dah tak sanggup kehilangan awak."
Stella tersenyum kecil apabila melihat lelaki yang dulunya pernah menjadi guru kelas dia dan Cili Girls kini sedang menahan tangisan bila bertatapan dengannya. Stella memeranjatkan semua tetamu yang hadir apabila dia tiba-tiba saja berlutut di kaki Jullian sambil mengajukan sebuah kotak kecil yang mempunyai dua bentuk cincin.
"Disebabkan saya ialah salah seorang dari ahli Cili Girls yang nakal dan tak tahu malu, hari ini di hadapan semua ahli Cili Girls juga bekas para guru pelajar 5 Sains, saya akan melamar awak untuk dijadikan suami saya. Ku Jullian Daniel Ku Amran, sudikah awak mengahwini saya dan menjadikan saya isteri awak?"
Terkebil-kebil mata Jullian memandang wajah Stella yang sudah berhijab cantik seperti Hana Tajima itu. Wajah Jullian sudah merah padam menahan malu apabila Stella melamarnya secara mengejut dalam keadaan sebegitu.
"Yes sudah tentu. Takde perempuan lain yang saya cintai selain awak Crystalisa Castella Tan Sri Malik. Saya cuma mahukan awak untuk jadi pendamping saya hingga ke akhir hayat. Tolong bangun dan jangan terus melutut, tempat awak bukan di kaki saya tapi adalah di sisi saya untuk saya lindungi sehingga mati.."
Jawapan Jullian menyebabkan semua tetamu yang hadir bersorak riang termasuk Cili Girls. Akhirnya berjaya juga mereka menyatukan dua hati yang sudah lama terpisah itu… Cili Girls berdoa dalam hati agar Stella dan Jullian cepat mendirikan rumah tangga agar selepas ini mereka berlima pula boleh berkahwin!. Ha ha ha.
Janji terhadap Stella dahulu tidak pernah dilanggar Cili Girls sebagai tanda persahabatan sejati mereka. Semoga persahabatan mereka berenam hanya terpisah apabila ajal menjemput mereka. Begitu juga doa mereka terhadap hubungan Stella dan Jullian… Amin..
Part 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 :: THE END ::
Oleh : anabella

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "