2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cerpen :: Cili Girls : Part 2

BILIK GURU

 

“Saya tak suka betullah dengan Stella juga geng cilinya. Suka sangat buat onar dalam sekolah kita ni.”

 

P

enyataan bersahaja Cikgu Aza membuatkan Jullian yang sedang khusyuk menanda buku terhenti dari meneruskan tugasnya. Cikgu Fahmi yang duduk di sebelah meja Jullian turut meningas perbualan beberapa orang guru perempuan yang duduk tidak jauh dari meja mereka berdua.

 

“I pun tak suka Aza, Stella tu bukan main menggedik lagi dengan cikgu-cikgu lelaki. Terutamanya dengan Cikgu Jullian.”

 

Jullian mendongkol geram mendengar kata-kata Cikgu Suzila. Seenak-enaknya dua guru itu mengata pelajar kesayangannya. Jullian ingin membuka mulut namun Fahmi menggeleng-geleng kepala tanda tunggu dahulu.

 

“Alah.. korang tak payahlah nak cakap dia menggedik ke apa. Itu hak dia. Apa yang aku puji tentang Stella dengan Geng Cilinya, dia orang berenam adalah enam pelajar terpintar dalam sekolah kita. Dia orang nak gedik ke apa, itu dia orang punya pasallah.”

 

Jullian tersenyum puas apabila Cikgu Sharifah selaku ibu angkat merangkap guru biologi kelas 5 Sains membela Stella and the gang.

 

“Betul cakap Sharifah tu, Mar dengan Aina adalah ayam tambatan sekolah. Kembar Sri dengan Anom juga Sad adalah pelajar teraktif dalam semua aktiviti kokurikulum. Stella.. apatah lagi, semua aktiviti sekolah pun dia join. Genius lagi. Aku langsung tak kisah jika dia nak gedik atau apa-apalah. Asalkan prestasi akademik dan kokurikulum dia bagus.”

 

Kembang pula hati Jullian bila para pelajarnya dipuji oleh Cikgu Rahimah. Entah kenapa Jullian rasa begitu dia sendiri tak pasti.

 

“Alah.. yang you berdua nak bela Stella dengan geng-geng dia tu pula kenapa?. You suka ke tengok pelajar you menggoda guru lelaki sekolah ini dan tunjukkan teladan yang tak baik pada pelajar-pelajar lain?”

 

Cikgu Suzila kelihatan bengang apabila Cikgu Sharifah dan Cikgu Rahimah menyokong Stella dan kumpulannya pula.

 

“Tak payah nak mengata pelajar lain Cikgu Suzila, saya tak salahkan Stella jika dia cuba menggoda Cikgu Jullian sebab saya dah lama nampak yang ramai cikgu perempuan kat sekolah kita ini lagi terlebih menggatalnya untuk menggoda Cikgu Jullian. Jadi, apa bezanya guru dan pelajar dalam hal ini?.”

 

Semua terkedu apabila Ustaz Karimi membuka mulut. Cikgu Suzila dan Cikgu Aza sudah termalu sendiri. Memang ramai pelajar juga guru-guru lain nampak yang kedua guru muda itu cuba mengurat Cikgu Jullian. Namun, mereka tidak pula ingin menghebah-hebahkan hal normal itu.

 

“I, I like you like a love song baby.. I, I like you like a love song..”

 

Nyanyian Saddyana yang selamba memasuki bilik guru terus terhenti apabila semua mata guru memandangnya pelik. Jullian sudah menggeleng-geleng kepala. Ini satu lagi takde adab bila nak memasuki bilik guru.

 

“Apsal kau tak terus lagi nyanyi Sad, sedap sangat dah suara kau tu.”

 

Sri Amira yang tiba dari belakang dengan kembarnya segera saja memaut bahu Saddyana yang sudah terkelu. Suka-suki mereka saja berbuat bising dalam bilik guru. Semua guru sudah memandang mereka apabila Stella, Aina dan Mar tiba-tiba saja muncul dari pintu bilik guru.

 

Jullian terkejut kecil melihat baju yang dipakai mereka berenam. Baju t-shirt berkolar berwarna hijau apple dengan lambang cili besar dihadapannya. Di bahagian belakang pula kelihatan serangkap puisi English dan tertera juga nama setiap ahli kumpulan Cili Girls. Jullian geleng-geleng kepala. Enam sekawan ini memang suka buat kerja gila.

 

“Cantik baju awak Stella, tempah kat mana?”

 

Cikgu Sharifah bertanya dengan senyuman lebar melihat enam orang pelajarnya itu berpakaian serupa.

 

“Tempah kat Kota Tinggi umi. Cantik kan?. Baju ni kita orang design sama-sama. Poem English ni.. Sri yang buat.”

 

Stella menjawab selamba menjawab soalan Cikgu Sharifah yang sudah dipanggilnya umi walaupun umur guru itu belum mencecah 30 tahun.

 

“Cantik sangat.”

 

Cikgu Sharifah puji lagi dan kali ini Cili Girls sudah tersenyum bangga.

 

“Sesuka hati awak saja buat baju persatuan sendiri dalam sekolah ini. Awak ingat sekolah ini, ayah awak yang bina ke?”

 

Semua guru terdiam dengan pertanyaan kurang ajar Cikgu Aza. Cili Girls buat muka seposen saja. Tahu benar yang Cikgu Aza dan Cikgu Suzila anti dengan kumpulan mereka.

 

“Kalau sekolah ini, bapa kami yang punya, dah lama saya pecat semua cikgu yang tiada budi bahasa semasa bertutur dengan pelajarnya dari terus berkerja di sekolah ini.”

 

Jullian dan beberapa orang guru lain menahan gelak dengan jawapan sinis Aina. Dah nama pun cili girls.. mulut memang macam cili!. Sangat panas, pedas dan berbisa!.

 

“Awak jangan nak kurang ajar dengan saya Aina. Sedar diri sikit yang awak tu pelajar saja.!”

 

Cikgu Aza membentak berang dengan wajah merah menyala menahan marah ke arah Aina.

 

“E.. eh, yang cikgu nak terasa mengapa pula? Cikgu memang tiada budi bahasa sewaktu berbicara dengan pelajar ke?”

 

Ambik kau.. kena lagi sedas sindiran berbaur hinaan dari Marziana. Cikgu Aza kelihatan ingin meneruskan pertikaman lidah itu. Namun, Siti Solehanom mengangkat tangan dan menyebabkan mereka semua terdiam pula.

 

“Kalau cikgu semua tak puas hati dengan baju seragam yang kami buat ni.. cikgu silalah complaint dekat pengetua. Jika dia tidak membenarkan kami memakai pakaian ini, kami akan menyimpannya dalam almari dengan senang hati.”

 

Jawapan Anom menyebabkan Stella tersenyum lebar. Nampaknya Anom tidak mudah melenting seperti kawan-kawannya yang lain.

 

Mereka semua membuat t-shirt seragam itu kerana setiap hari rabu, semua pelajar diberikan kebebasan untuk mengenakan t-shirt berpersatuan atau t-shirt kelas. Jadi, dengan adanya peraturan itu, barulah Cili Girls memandai mereka t-shirt persatuan mereka sendiri dan memakai pakaian seragam itu setiap hari rabu.

 

“Ustaz rasa, pengetua pun ada puji yang t-shirt kamu berenam cantik sangat.”

 

Ustaz Karimi sempat mengeyit mata nakal pada Sri Amira tanda dia sengaja ingin menambahkan panas hati Cikgu Aza. Cili Girls hanya tersenyum saja.

 

“Mata pengetua memang terbaik.”

 

Sri menyambung selamba.

 

“Kamu berenam sebenarnya ada urusan apa datang bilik guru ni, kamu ingat kawasan bilik guru tempat para pelajar sewenang-wenangnya ingin keluar masuk ke?. Jika ada barang guru yang hilang bagaimana?.”

 

Walahwei, nak tuduh group aku mencuri ke apa Cikgu Suzila ni?. Stella mendongkol dalam hati.

 

“Kalau dah hilang carilah yang baru.. apa susah.”

 

Stella menjawab perlahan. Baru saja Cikgu Suzila ingin membuka mulut, Jullian sudah berdiri berhadapan dengan Stella. Tidak mahu enam orang pelajarnya itu sengaja menempah nama buruk dengan guru-guru.

 

“Kamu semua ada urusan apa datang bilik guru ni?”

 

Stella terpaku sejenak melihat renungan tajam mata coklat cair itu. Kenapalah mata Jullian cantik sangat?. Jullian pula pelik dan wajahnya sedikit kemerahan apabila Stella merenungnya lama. Ada saja tingkah laku gadis itu yang buat dia dalam dilemma.

 

“Oh.. kami nak buat promotion tentang bazaar yang akan dianjurkan minggu depan sewaktu hari sukan. Dengan hasil jualan bazaar ini, kita akan buat sumbangan ke rumah anak yatim.”

 

Marziana bersuara apabila Stella kelihatan leka bermain mata dengan guru kelas mereka. Adoi Stella oi.. macam dah takde lelaki lain kau nak usha, tahulah Cikgu Daniel tu handsome!.

 

Kembar Sri Amira dan Siti Solehanom mula mengedarkan flyers tentang aktiviti yang bakal dilakukan mereka pada minggu hadapan. Setiap guru menerima sehelai flyers berwarna biru cair dan bagi guru yang tiada ketika itu, flyers hanya diletakkan atas meja mereka.

 

“Kami amat berharap semua guru boleh mengunjungi dan membeli barang-barang makanan yang dijual di bazaar kami nanti. Baiklah, itu sahaja. Terima kasih kerana sudi mendengar.”

 

Aina berucap sepatah dua kata setelah semua flyers habis diedarkan dalam bilik guru itu. Cili Girls sudah keluar dari bilik guru dan para guru kelihatan khusyuk membelek flyers pada tangan masing-masing.

 


[ Part 1 ]                      Bersambung……..


 

Oleh : anabella

Rokiah Mad Dom , Jumaat, Mac 15, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog