From: “BPPNS@…”
To: Ikhwanul Muslimun
Sent: Thursday, September 28, 2006 3:28:20 PM
Subject: Boycott Israel [hidayahnet] Kisah Sebenar Kenapa Roti High 5 Jijik, Kotor dll
Jawapan Rasmi Dari Meja Admin PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) Mengenai Isu Roti High5

http://www.muslimco nsumer.org. my/ppim/news. php?extend. 235

Antara isu-isu besar yang telah dibongkar oleh PPIM adalah isu sosej haram, isu ayam campur babi, isu murtad, isu salib, isu ikan diberi makan babi, isu kuih bulan dan babi salai, isu tanda halal, isu vaksin haram, isu penjualan Pantai Hospital kepada Singapura, isu tarik kereta, isu gula, isu penindasan Islam di Selantan Thailand, isu penipuan kerajaan Amerika berkenaan tragedi 9/11 dan menyalahkan umat Islam dan banyak lagi isu-isu penting yang tidak dapat disenaraikan. Semua isu-isu ini ditangani dengan baik dan telah membuahkan hasil yang positif kepada para pengguna sebagaimana yang kita lihat selama ini.

Tetapi agak pelik apabila isu roti High5 diserbu kerana kekotoran yang telah disahkan ‘amat kotor’ oleh Kementerian Kesihatan dan JAKIM menghadapi bermacam bantahan, fitnah, cemuhan serta tomahan daripada ‘berbagai’ pihak. Ada yang menyalahkan PPIM kerana membuat inisiatif menyerbu sebuah kilang yang kotor dan menyediakan roti yang kotor kepada para pengguna. Nampaknya mereka ini seolah-olah setuju dan gemar memakan roti yang dikeluarkan oleh kilang yang amat kotor lagi menjijikan itu.

PPIM juga dikatakan menyebarkan fitnah mengenai minyak ‘haram’ yang digunakan sebagai ramuan dalam roti sedangkan PPIM telahpun membuat laporan Polis menafikan dakwaan tersebut dan menunggu laporan dari JAKIM. Ini merupakan satu fenomena yang amat pelik sepanjang perjuangan PPIM sejak 8 tahun lalu kerana ramai ‘pengguna’ pula didapati ingin ‘mempertahankan’ kilang yang kotor!

PPIM juga difitnah dan ditohmah menerima habuan serta merancang bersama Gardenia untuk menjatuhkan perniagaan Silverbird. Ia bermula dengan penafian pihak Silverbird bahawa kilang ditutup kerana ‘only a few broken tile’ (Sila rujuk gambar kilang tersebut yang sebenarnya tidak menggunakan tiles langsung dalam kilangnya).

Malah berita terkini yang diterima mengatakan seorang Menteri Kabinet memaklumkan bahawa isu High5 adalah isu ‘business rival’ yang mana menidakkan isu sebenar, iaitu soal kekotoran, jijik, meloyakan dan tiada standard seolah tenggelam begitu sahaja! Malah tindakan undang-undang seperti yang sepatutnya dibuat, tidak pula diambil.

Amatlah menyedihkan jika setiap kali PPIM mengambil tindakan maka ramai pula ‘pengguna’ di luar sana datang kehadapan untuk mempertahankan para pengusaha yang dikira tidak beretika. Bayangkan setiap kali berita serbuan atau pendedahan berlaku tentang isu-isu diatas maka ramailah ‘pengguna’ bermati-matian mempertahankan isu sosej, vaksin, salahguna tanda halal dan lain-lain isu di atas.

Cuba Bayangkan kesan yang akan timbul jika para pengguna mempertahankan Coca Cola, Colgate, Starbucks dan lain-lain produk yang dibuktikan mendatangkan mudarat kepada kita dan kepada keamanan dunia dibela sebagaimana terbelanya roti High5.

Untuk makluman semua, PPIM memang ada menjalankan aktiviti kemasyarakatan dengan syarikat-syarikat yang dikatagorikan sebagai MFO (Muslim Friendly Organisation) atau syarikat-syarikat yang beretika yang ingin memperbaiki perkhidmatan mereka dan bekerjasama dengan PPIM demi kepentingan hak pengguna.

Dalam konteks ini, kira-kira 5 tahun dahulu setelah PPIM menerima aduan sms dan email mengenai Gardenia tidak halal dan dicampur minyak babi, memang PPIM memeriksa ada kilang Gardenia (dan banyak kilang lain sepanjang 8 tahun lalu) yang mana setelah diperiksa dan dirujuk kepada beberapa pakar perunding agama, mereka berpuas hati dan tidak ada sebab untuk mengaitkan pelabur yang membeli saham di pasaran terbuka dengan isu ternakan babi kerana adalah “tidak adil untuk menyalahkan dan menghukum seorang anak yang di atas dosa ayah”.

Lagipun setelah diberikan nasihat, mereka menerima secara terbuka dan memperbetulkan apa yang diminta. Mereka juga telah manaja program-program keagamaan seperti Al-Hidayah dan Mencari Keberkatan yang banyak membawa manfaat kepada jutaan umat Islam. Isu terhenti di situ tanpa sebarang bantahan dan juga tomahan yang tidak matang daripada mana-mana pihak seperti apa yang berlaku pada isu roti High 5.

Kalau High5 sendiri bersedia untuk menerima dan mengakui kesalahan sebagaimana yang dicatat oleh Kementerian Kesihatan maka sudah tentu PPIM bersedia memberi nasihat yang diminta. Malangnya tiada sebarang permohonan maaf atau ‘œremorse’ atau kesediaan menerima kelemahan dan memperbaikinya. Yang ada hanya percubaan untuk menafikan semua kesalahan, seolah-olah para pengguna di negara ini dungu dan hadap segala yang dihidangkan.

Kami juga rasa hairan di hari kejadian tersebut, Dato’ Jackson Tan CEO Silverbird bercakap dengan pengarah kami di mana dalam laporannya mencatatkan bahawa ayat pertama yang dikeluarkan oleh Dato’ Jackson adalah “ini dilakukan oleh Gardenia”. Adakah kilang yang kotor dilakukan oleh Gardenia? Apa kena mengena kilang kotor dengan Gardenia? Kalau kilang tidak kotor, Perdana Menteri pun tak boleh buat apa! “Gagak lalu, ranting patah” Isu selepas itu adalah “dilakukan oleh musuh perniagaan, beberapa jubin pecah, ”

Adalah tidak professional dan tidak beretika menyalahkan orang lain di atas kesalahan kita sendiri yang telahpun dilakukan bertahun-tahun. Saya yakin kalaulah ditaja oleh Gardenia, maka maklumat ini sudah tentu diperolehi PPIM 4 tahun dahulu dan serbuan telahpun lama dilakukan. Serbuan tersebut bukannya dilakukan oleh PPIM sahaja tetapi pelbagai agensi kerajaan turut terlibat dan menyaksikan sendiri betapa teruknya keadaan. Moralnya, jangan menyalahkan orang lain di atas kelemahan dan kejahatan sendiri kecuali kejahatan sudah memang ada dalam diri. Memanglah, pencuri mana pun akan menyalahkan orang yang menangkapnya apabila tertangkap. Biasalah tu…. salahkan orang lain atas salah sendiri..

Kini kita mula teringat mengenai kejadian yang berlaku pada Gardenia adakah dilakukan oleh High5!!!? Isu minyak babi digunakan oleh Roti High 5 juga bukannya dimulakan oleh PPIM. Mungkin mereka dengan sengaja menaikkan isu ini dan apabila berjaya dibuktikan sebaliknya, maka isu kilang kotor jijik dan meloyakan tertutup dengan sendirinya.

Diperspektif yang lain, adakah bermakna apabila PPIM bekerjasama dengan mana-mana organisasi kerajaan ataupun swasta, PPIM tidak boleh memantau syarikat lain yang menjalankan aktiviti yang serupa dengannya.

Senarai produk dan organisasi yang mendapat nasihat dari PPIM adalah banyak sekali. Senarai penipuan produk yang telah dibongkar oleh PPIM pun banyak juga. Adakah ini bermakna PPIM tidak boleh memantau lain-lain produk sebagaimana yang sedang berlaku di antara Gardenia dan High5? Adakah ini bermakna PPIM harus tutup mata rapat-rapat apabila diadukan kekotoran kilang High5 semata-mata kerana PPIM memantau Gardenia.

Sama-sama kita renung perkara ini dengan bijaksana.
‘BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA’