STOCKHOLM : Satu kajian baru menunjukkan golongan balu yang hidup sebatang kara selama bertahun-tahun selepas kematian pasangan mereka lebih berkemungkinan berdepan masalah mental.
Berikutan itu, saintis menggalakkan golongan berkenaan untuk kembali mencari cinta selepas kematian pasangan kerana ia dapat merawat kesedihan dan menghalang masalah mental.
Penyelidik Sweden berkata, lelaki yang berupaya mencari pasangan baru lebih mudah meneruskan hidup dan pulih daripada kesedihan.
Bagaimanapun, mereka yang terus bersendirian berada pada risiko paling tinggi berdepan keadaan seperti kemurungan, kebimbangan atau insomnia, dan juga lebih berkemungkinan menggunakan ubat antikemurungan atau ubat tidur.
Kajian yang pertama seumpama itu dibuat untuk meneliti bagaimana kehilangan pasangan memberi kesan ke atas lelaki, dengan penyelidikan terdahulu ke atas balu menunjukkan peningkatan risiko masalah mental dan fizikal di kalangan mereka yang masih gagal meneruskan hidup.
Penyelidik dari Universiti Gothenburg menyoal hampir 700 lelaki yang kematian isteri akibat barah. Hasil kajian menunjukkan duda yang menemui pengganti empat atau lima tahun selepas kematian isteri mereka dapat menangani kehilangan itu dengan lebih baik.
Penulis kajian, Profesor Gunnar Steineck, yang hasil kerjanya disokong oleh Persatuan Barah Sweden, berkata: “Kajian terdahulu menunjukkan orang yang kehilangan pasangan berisiko tinggi berdepan masalah mental jangka pendek.
“Kajian kami ialah yang pertama menunjukkan risiko masalah mental berlanjutan beberapa tahun, secara purata, ia terhad kepada mereka yang tidak mencari pasangan baru.”
Ditanya jika hasil kajian membuktikan cinta itu memberi kesan seperti ‘menyembuhkan penyakit’, dia berkata: “Kami perlu lakukan lebih banyak penyelidikan tetapi memang benar sokongan emosi pasangan baru mungkin membantu menghilangkan kesedihan dan melindungi daripada masalah mental.
“Pada masa sama, ada juga lelaki yang dapat meneruskan kehidupan dengan baik selepas kehilangan pasangan adalah yang paling berkemungkinan menunjukkan minat mencari kekasih baru.” – Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "