UKIRAN pada dinding ini kelihatan seperti daun tetapi ia juga membentuk perkataan, yang menunjukkan ketinggian kesenian Islam pada Alhambra. |
GRANADA, Sepanyol - Setiap ceruk dan rekahan pada Istana Alhambra sebenarnya mempunyai bicara tersendiri kerana dinding, kolum, pancuran air dan barangan lain seni bina Moor dalam kota kubu ini dipenuhi dengan inskripsi khat yang mungkin sukar ditafsirkan oleh bangsa Arab sendiri.
Bulan ini penyelidik Sepanyol mendedahkan hasil pertama projek raksasa untuk menterjemah dan menyenaraikan anggaran 10,000 perkataan yang terdiri dari puisi dan ayat al-Quran.
Tujuan projek ini adalah untuk mempersembahkan sebahagian daripada sejarah silam yang dapat diakses dengan mudah melalui tetikus.
"Sukar dipercayai yang projek seperti ini tidak pernah dilakukan sebelum ini," kata ketua penyelidik, Juan Castilla kepada pemberita.
Impian untuk memahami dan merakam ukiran seni bina Islam telah pun wujud sejak zaman Raja Ferdinand dan Ratu Isabella lagi.
Tentera mereka menawan Granada pada 1492 dan mengusir keluar pemerintah yang tinggal di istana abad ke-14 ini, sekali gus menamatkan pemerintahan Islam selama hampir 800 tahun di Sepanyol.
Pihak istana Sepanyol ketika itu dengan segera mengupah penterjemah untuk menafsirkan inskripsi di Alhambra dan beberapa bangunan lain di bandar selatan Sepanyol ini.
Namun rekod mengenai usaha tersebut telah hilang ditelan masa dan yang paling terbaru hanya mengandungi beberapa kategori ukiran, terlalu sedikit jika dibandingkan dengan kerja memenatkan yang diusahakan Castilla bersama dua lagi pakar bahasa Arab di Alhambra sejak tahun 2002.
Kini beberapa inskripsi tidak dapat ditafsirkan kerana rosak dan sekiranya bencana alam seperti gempa bumi melanda Sepanyol, kerosakan akan memusnahkan harta yang tidak ternilai. - AP
Ahad, Jun 03, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Usaha menafsir seni Islam Alhambra silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "