Koleksi muka depan komik Tintin yang dihasilkan oleh pelukis kartun tersohor Herge dipamerkan pada 30 Mei lalu di Paris, sebelum ia dilelong hujung minggu ini. Gambar menunjukkan bahagian yang paling istimewa dalam pameran itu yang digelar The Worlds of Tintin's Creator, selain gambar, mainan dan poskad.
PARIS, 3 Jun 2012 - Satu daripada koleksi muka depan komik Tintin yang dihasilkan oleh pelukis kartun tersohor Herge pada 1932, berjaya dilelong pada harga melebihi 1.3 juta euro (RM4.8 juta), di Paris, semalam.
Menurut jurucakap Firma Lelong Artcurial, ilustrasi bertajuk Tintin in America itu menggambarkan mengenai seorang wartawan lelaki dibeli oleh seorang individu yang tidak mahu dikenali.
Pemiliknya, yang merupakan pengumpul koleksi Tintin, membelinya pada harga 764,218 euro (RM2.9 juta) pada 2008, menjadikan ia kekal sebagai koleksi yang paling mahal sehingga hari ini bagi kartun yang popular pada abad ke-20 itu.
"Kami sememangnya menjangkakan harganya mampu mencecah satu juta euro walaupun tidak meletakkan sebarang anggaran pada awalnya," kata jurucakap itu.
Herge menghasilkan lukisan tersebut menggunakan dakwat India dan teknik warna gouache bagi edisi pertama bukunya, yang mula dipasarkan pada 1934.
Satu daripada lima karyanya dalam bentuk lukisan muka depan, menggambarkan seorang remaja pengembara memakai pakaian seperti cowboy duduk di atas batu dengan anjingnya bernama Snowy berada di sebelahnya, manakala terdapat tiga lelaki dayak sedang mengacu kapak di belakangnya.
Acara lelong semalam merupakan sebahagian daripada jualan lelong terbesar bagi barangan koleksi yang mempunyai kaitan dengan Tintin.
Februari lalu, sebuah mahkamah di Belgium menolak untuk menyekat jualan lelong Tintin in the Congo yang difailkan oleh seorang lelaki bangsa Congo, Bienvenu Mbutu Mondondo, yang mendakwa ia mengandungi unsur perkauman kerana mempersendakan bangsa Afrika.
Herge atau nama sebenarnya Georges Remi, dilahirkan pada 1907 dan meninggal dunia pada 1983, pernah menyatakan bahawa senario itu adalah gambaran sebenar mengenai keadaan ketika itu.
Tahun lalu, pengarah filem Steven Spielberg menghasilkan filem 3 dimensi (3D), Adventures of Tintin: Secret of the Unicorn dan bercadang untuk menghasilkan sambungan bagi filem tersebut. - AFP
Selasa, Jun 05, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Komik Tintin dilelong lebih 1.3 juta euro silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "