CHICAGO - Pengambilan makanan atau minuman berasaskan kacang soya boleh menjejaskan rawatan kanser dan menggalakkan tumbesaran tumor di kalangan pesakit kanser payudara, menurut sekumpulan saintis.
Penyelidik dari Universiti Georgetown yang membentangkan kajian mereka dalam satu persidangan perubatan di sini semalam berkata, terdapat kemungkinan kaitan antara pengambilan kacang soya dan tindak balas ubat kanser payudara yang biasa diambil iaitu tamoxifen.
Menurut mereka, kajian yang dilakukan terhadap tikus makmal menunjukkan, tikus yang diberi makanan atau minuman berasaskan kacang soya dari kecil bertindak balas sempurna dengan tamoxifen.
Sebaliknya, tikus yang mula diberi makan bahan itu ketika dewasa dan selepas diserang kanser payudara, didapati kebal dengan rawatan yang diberikan.
"Kajian ini mencadangkan agar wanita yang tidak biasa mengambil kacang soya, patut menghentikannya jika disahkan menghidap kanser payudara," kata Leena Hilakivi-Clarke, yang juga merupakan profesor bahagian onkologi di universiti tersebut.
Menurutnya, kacang soya mengandungi bahan isoflavone yang meniru penghasilan hormon estrogen yang oleh tubuh pada paras rendah dan ia dikategorikan sebagai sumber protein yang sihat.
Bagaimanapun, manfaat dalam menentang penyakit yang paling ditakuti wanita itu biasanya dikaitkan dengan kanser payudara jenis penerima positif hormon rendah bagi wanita Asia, yang biasa mengambil soya dalam diet harian mereka sejak kecil.
Disebabkan tamoxifen biasanya diberi kepada pesakit kanser dengan saraf penerima estrogen atau progesteron tumor jenis positif, kajian mencadangkan mereka yang mengambil soya pada usia dewasa boleh menyebabkan ubat tersebut tidak berkesan. - AFP
Jumaat, Mei 04, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Soya galakkan pembesaran tumor silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "