2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Dua gelas sehari

Kajian Pemakanan Dewasa Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati penduduk negara ini mengambil tidak sampai suku gelas susu pun sehari.
 
Secara tepatnya mengikut laporan yang disediakan dan diketuai Pengerusi Pusat Kajian Sains Jagaan Kesihatan dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Prof. Dr. Norimah A. Karim, jumlah yang diambil oleh rakyat Malaysia adalah purata 1/5 gelas susu sehari.
 
"Ini amat kurang jika dibandingkan dengan Saranan Panduan Diet yang memerlukan individu dewasa minum sekurang-kurangnya dua gelas susu sehari.
 
"Malah satu kajian dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan murid sekolah rendah kurang minum susu dan hanya 20 peratus yang meminumnya setiap hari," katanya.
 
Mengapa tidak minum susu? Macam-macam alasan diberikan. Ada yang tidak gemar rasanya, ada pula tidak suka baunya. Paling tidak munasabah, ada yang beranggapan minum susu hanya untuk bayi.
 
"Pokoknya, minum susu bukan budaya masyarakat kita," kata Dr. Norimah.
 
Kebiasaannya seorang ibu menyusukan bayinya sehingga berusia dua tahun dan selepas itu ramai yang tidak memberikan bayi mereka susu lagi.
 
Memang diakui susu ibu adalah pakej makanan lengkap yang bersih, berkhasiat dan selamat selain mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh badan terutama bayi.
 
Namun beliau mengingatkan, tempoh dua tahun pertama usia kanak-kanak menyusu dengan ibu sahaja tidak mencukupi.
 
"Kanak-kanak yang sedang membesar perlu minum susu untuk menjadikan mereka lebih aktif, tulang lebih kuat di samping membantu perkembangan fizikal dan mental," ujarnya.
 
Sepatutnya jelas beliau, selepas bercerai susu ibu, bayi perlu diberikan susu dalam botol atau cawan bergantung kepada umur cerai susu.
 
Jika tidak dibiasakan minum susu pada peringkat kanak-kanak, lebih sukar untuk mereka mempunyai tabiat minum susu apabila dewasa.
 
Kini terdapat banyak jenis susu di pasaran seperti susu segar, susu yang diproses pada suhu tinggi (UHT), susu steril, susu pasteur, susu tepung selain susu yang diperkayakan dengan pelbagai nutrien.
 
"Susu dengan pelbagai tambahan nutrien seperti untuk kecerdasan otak dan kecergasan menjadikan harganya semakin mahal berbanding susu biasa," katanya.
 
Sebenarnya, kata Dr. Norimah, susu biasa sudah mencukupi untuk tumbesaran kanak-kanak kerana khasiat atau nutrien boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan asalkan diambil secara sederhana, seimbang dan pelbagai.
 
Mengenai ramai yang tidak suka susu kerana rasa dan baunya, beliau menggalakkan mereka menambah perisa coklat atau malta mengikut citarasa.
 
"Kebanyakan kanak-kanak sukakan perasa coklat tetapi jangan tambah gula," katanya.
 
Dr. Norimah berkata, susu memang unik kerana ia makanan sempurna sebab itulah ia menjadi makanan awal bagi manusia.
 
"Jadi selepas bercerai susu, kanak-kanak boleh diberikan susu dalam pelbagai bentuk seperti kastard, puding atau susu kocak.
 
"Sebagai ibu, kita patut mempelbagaikan susu mengikut citarasa anak kita seperti menambah pada bijirin sarapan pagi," katanya.
 
Baginya, tidak ada alasan untuk tidak mengambil susu hanya kerana kurang gemarkan rasa atau baunya kerana khasiat susu juga boleh diperoleh daripada yogurt atau aiskrim.
 
Lebih tinggi Seelok-eloknya jelas Dr. Norimah, ibu bapa perlu minum susu bersama anak-anak.
 
"Seperti yang diketahui umum, susu kaya dengan kalsium. Kanak-kanak perlu minum susu kerana kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Protein dan pelbagai vitamin yang terkandung di dalamnya pula membantu pembesaran dan kesihatan.
 
"Justeru susu amat penting dalam proses pertumbuhan kanak-kanak. Biasanya kanak-kanak yang minum susu lebih tinggi daripada ibu bapa mereka," ujarnya.
 
Menjadi harapan Dr. Norimah, ibu bapa di Malaysia mengetahui kebaikan susu lalu mendidik anak mereka untuk terus minum susu sehingga dewasa.
 
Pengambilan susu bergantung kepada usia. Jika kanak-kanak memerlukan susu sekurang-kurangnya dua gelas sehari, orang dewasa pula perlu minum sehingga tiga gelas sehari.
 
Bagi wanita, katanya, susu penting untuk mengelakkan kehilangan kepadatan tulang.
 
Nasihatnya kepada wanita yang enggan minum susu kerana kononnya takut gemuk, mereka boleh mengambil susu skim tidak berlemak atau susu rendah lemak dengan separuh lemak. Bagaimanapun, menurutnya, susu kurang lemak bermakna kurang Vitamin A dan D.
 
Bagi mereka yang alahan terhadap laktosa pula, beliau menyarankan mereka mengambil susu kacang soya - namun khasiatnya tidak sama!
 
 
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Unknown , Jumaat, Mei 04, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog