2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 5:57 AM

4Jumaat,Mei

Organisma hidupan tertua ditemui

Saintis menemui Collodictyon, organisma hidupan tertua yang ada kaitan dengan manusia selepas menjalankan kajian selama dua dekad.
 
OSLO - Sekumpulan saintis menemui satu daripada organisma hidupan tertua dan mempunyai kaitan dengan manusia selepas dua dekad menjalankan penyelidikan ke atas sejenis mikroskopik yang tinggal di sebuah tasik di Norway.
 
Organisma yang dipanggil Collodictyon itu turut dikelaskan dalam kategori baru kerana ia didakwa bukan haiwan, tumbuhan, parasit, kulat atau alga.
 
Penyelidik dari Universiti Oslo, Dr. Kamran Shalchian-Tabrizi berkata, penemuan organisma satu sel yang wujud kira-kira berbilion tahun dahulu dianggap sebagai sesuatu yang sangat unik.
 
"Setakat ini, kita belum menemui kumpulan organisma yang dekat dengan kehidupan manusia selain spesies ini," katanya.
 
Saintis percaya penemuan ini akan memberi satu dimensi baru mengenai kehidupan di bumi beratus-ratus juta tahun dahulu.
 
Collodictyon hidup di sebuah tasik kecil berlumpur bernama As, 30 kilometer dari sini dan memiliki empat ekor seperti kipas yang digunakan untuk bergerak yang dipanggil flagella.
 
Struktur organisma tersebut mengandungi sel nuklei yang dilitupi membran, yang membuatkan ia tidak menyerupai bakteria, namun lebih kepada eukaryotes yang wujud pada tumbuhan, kulat, alga dan haiwan, termasuk manusia.
 
Menggunakan karakteristik tersebut, Dr. Tabrizi beranggapan, Collodictyon merupakan makhluk yang mempunyai struktur seperti jejari yang digunakan bagi menangkap mangsa dan ia juga merupakan sejenis organisma menyendiri.
 
"Penemuan ini sangat menakjubkan selepas beberapa tahun kajian dijalankan," katanya yang membiakkan berjuta-juta organisma ini bagi tujuan kajian. - Agensi
 
Marjaki Rawo , Jumaat, Mei 04, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog