/

Algeria bina masjid ketiga terbesar di dunia


Lakaran artis masjid ketiga terbesar di dunia yang akan dibina di Algiers, Algeria bernilai RM4 bilion.

 
ALGIERS 21 Mei 2012 - Kerajaan Algeria akan membina sebuah masjid besar di ibu negara Algeria ini, berharga satu bilion euro (RM4 bilion), yang bakal menjadi masjid ketiga terbesar di dunia.
 
Masjid yang mampu memuatkan 120,000 jemaah itu dianggap ketiga terbesar, selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabi di Madinah.
 
Projek yang dijangka siap pada 2015 itu dibina oleh Syarikat Kejuruteraan Pembinaan China.
 
Projek itu bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada 17,000 orang, kebanyakan mereka rakyat tempatan.
 
Menteri Hal Ehwal Agama Algeria, Bouabdallah Ghlamallah dan Duta China di negara ini, Liu Yuhe hadir bagi menyempurnakan upacara perletakan batu asas pembinaan projek tersebut, di sini semalam.
 
"Pembinaan bangunan ini (masjid) menjadi mercu tanda baru hubungan Sino-Algeria yang sudah lama terjalin," kata Ghlamallah merujuk kepada hubungan bersejarah antara kedua-dua negara.
 
Kompleks masjid tersebut mengandungi menara paling tinggi di benua Afrika, dengan ketinggian 270 meter atau bersamaan ketinggian Menara Eiffel di Paris.
 
Menara setinggi 25 tingkat itu dan dilengkapi lapan buah lif untuk membawa pengunjung ke tingkat paling atas, yang membolehkan pengunjung menyaksikan pemandangan Teluk Algiers.
 
Masjid itu turut dilengkapi sebuah perpustakaan yang boleh memuatkan 2,000 kerusi, sebuah muzium kesenian dan sebuah pusat penyelidikan. - AFP
Unknown , Rabu, Mei 23, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog