2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 5 April 2025   
@ 7 Syawal 1446H / 10:41 PM

23Rabu,Mei

Gerhana matahari Anulus 2012

Juta​an saksi gerhana matahari cincin
Foto komposit yang diambil di Seoul, Korea Selatan hari ini menunjukkan fenomena gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dari jam 6.23 pagi hingga 8.48 pagi.
 
TOKYO – Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin selama empat minit setengah, sejauh 240 hingga 300 kilometer dari Bumi dapat disaksikan di sekitar Asia Pasifik hingga barat Amerika Syarikat.
 
Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa sebelum ini, gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.
 
Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.
 
Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada.
 
Beribu-ribu orang di seluruh Asia menyaksikan keajaiban tersebut.
 
Gerhana dapat dilihat jelas di sekitar Tokyo, sebelum melintasi rantau pasifik, ia betul-betul di bawah Pulau Aleutian Alaska dan sepanjang Oregon, California, Amerika Syarikat.
 
Awan yang sedikit ketika gerhana bermula menyebabkan keadaan menjadi sempurna apabila ramai yang dapat menyaksikan gerhana dari awal hingga akhir.
 
Kanak-kanak yang menyaksikan gerhana tersebut, Kaori Sasaki berkata, kejadian gerhana ini adalah sesuatu yang misteri dan ini kali pertama dia menyaksikan fenomena ini.
 
Pihak Panasonic, salah sebuat pengeluar elektronik terbesar Jepun turut menghantar satu ekspedisi ke puncak Gunung Fuji bagi menyaksikan fenomena gerhana menggunakan peralatan berkuasa solar.
 
Jurucakap syarikat tersebut berkata, matlamat utama mereka adalah untuk menyiarkan fenomena yang dianggap tercantik di dunia dari puncak tertinggi di Jepun.
 
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi penduduk di sekitar Hong Kong apabila beratus-ratus berkumpul di sepanjang pantai Kowloon, tidak dapat menyaksikan fenomena tersebut apabila terdapat awan tebal, yang menghalang pemandangan ketika keajaiban tersebut.
 

 
Gerhana matahari di rantau Pasifik
 
KOMBINASI gambar yang menunjukkan pembentukan gerhana matahari di Tokyo, Jepun semalam.
 
HONG KONG - Orang ramai berkumpul di China, Jepun dan beberapa tempat lain di timur Asia semalam untuk melihat fenomena gerhana matahari cincin yang jarang berlaku.
 
Penduduk di sini dapat menyaksikan gerhana berkenaan buat seketika ekoran cuaca mendung.
 
Menjelang subuh, sekitar 3,000 orang melihat ke langit di sepanjang kawasan pelabuhan Tsim Sha Tsui di sini tetapi mereka cuma dapat melihat keajaiban alam itu selama 30 saat apabila awan mendung beredar sejurus selepas matahari terbit.
 
"Awan beredar dan sinaran matahari menyinari permukaan air, ia amat cantik," kata Kurator Muzium Angkasa Lepas Hong Kong, Chan Ki-hung.
 
Gerhana berkenaan dapat dilihat dengan lebih jelas di beberapa bahagian lain di China, Jepun dan Filipina apabila matahari kelihatan seperti sebentuk cincin kerana dihalang oleh bayang bulan.
 
"Ia seperti sebentuk cincin. Gerhana itu menyebabkan saya terkenang saat-saat melamar isteri saya pada suatu masa dahulu," kata Shigeru Seo yang menyaksikan gerhana itu bersama isterinya di Teluk Shiono, barat Jepun.
 
Keajaiban alam tersebut dapat dilihat di sepanjang pantai Jepun termasuk Tokyo, Nagoya dan Osaka.
 
Di kebanyakan kawasan di Jepun fenomena itu mencatatkan sejarah apabila gerhana matahari cincin berkenaan merupakan yang pertama dilihat oleh penduduk tempatan sejak 932 tahun dahulu.
 
Selain Jepun, keajaiban alam itu turut disaksikan oleh berjuta-juta penduduk di rantau Pasifik dan Amerika Syarikat (AS).
 
Gerhana cincin berlaku apabila bulan melintasi matahari tetapi berada terlalu jauh dari Bumi untuk 'menenggelamkan' keseluruhan bayang matahari.
 
Kedudukan tersebut menyebabkan matahari kelihatan seperti cincin berapi.
 
Kali terakhir gerhana matahari cincin yang juga disebut gerhana matahari anulus berlaku di sini adalah pada tahun 1958.
 
Penduduk di sini ini perlu menunggu hingga tahun 2320 untuk menyaksikan gerhana matahari cincin seterusnya.
 
Gerhana itu berlaku petang kelmarin mengikut waktu AS.
 
"Ia mengagumkan," kata seorang pelajar, Marcos Dopoto di Albuquergue, New Mexico.
 
Imej seperti cincin itu dapat dilihat selama lima minit di beberapa kawasan di dunia. - Agensi
 

 
Lebih 30 juta saksi gerhana matahari
 
TOKYO 21 Mei - Lebih 30 juta penduduk Tokyo keluar rumah sejak awal pagi ini bagi menyaksikan fenomena gerhana matahari yang melatari langit Asia sehingga ke bahagian barat Amerika Syarikat (AS), fenomena yang hanya berlaku dalam tempoh 173 tahun.
 
Fenomena yang menghasilkan satu pemandangan seakan-akan 'lingkaran api' di langit itu boleh dilihat di beberapa bahagian di China bermula awal pagi ini, sebelum ia bergerak ke arah barat melintasi Taiwan dan Jepun.
 
Seterusnya, gerhana itu menyeberang Lautan Pasifik sejauh 13,600 kilometer dan berakhir di Texas, lewat malam tadi pada waktu tempatan.
 
Seorang pemerhati, Sadanobu Takahashi, 60, dari wilayah Akita, utara Jepun berkata, dia dan isterinya menyertai lawatan istimewa selama dua hari di bandar raya ini bagi menyaksikan kejadian yang hanya berlaku sekali dalam seumur hidup itu.
 
Sementara itu, awan tebal yang menyelubungi langit di bahagian tenggara China menghalang gerhana tersebut dilihat dengan jelas dan saksi berkata, mereka hanya dapat melihat lingkaran kecil gerhana itu dan ada juga pengunjung yang pulang hampa kerana tidak berjaya menyaksikannya.
 
Dikenali sebagai gerhana annular, fenomena itu berlaku apabila bulan melintasi bahagian hadapan matahari, namun ia terlalu jauh dari bumi untuk menghalangnya secara menyeluruh, menyebabkan satu lingkaran seperti api kelihatan.
 
Di Hong Kong, beribu-ribu pemerhati berkumpul di Pelabuhan Victoria bagi menyaksikan gerhana tersebut, namun awan tebal hanya membenarkan fenomena itu disaksikan tidak sampai satu minit.
 
Berlainan pula dengan beribu-ribu penduduk di barat AS yang berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika matahari sedang terbenam pada waktu tempatan semalam berikutan keadaan cuaca yang baik.
 
"Kami sedang bercuti bersama anak-anak di Disneyland. Kemudian kami mendengar berita mengenai fenomena ini dan mengambil keputusan untuk menyaksikannya," kata seorang pelancong dari Britain, Ian Hunter yang menyaksikan kejadian tersebut di Los Angeles. - AFP
 

 
 
 
[ Semua Berita ini diambil dari media online Utusan, Kosmo! & Sinar harian ]
 
Marjaki Rawo , Rabu, Mei 23, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog