LONDON, 21 Mei 2012 - Sebuah perkhidmatan baru mudah alih dijangka membolehkan golongan ibu bapa di Britain untuk mengawal penggunaan telefon bimbit anak-anak mereka yang kini di luar kawalan masing-masing.
Perkhidmatan yang diperkenalkan syarikat telefon bimbit Bemilo itu membolehkan ibu bapa membaca khidmat pesanan ringkas (SMS), mengawal perbualan dan mematikan gajet yang menggunakan perkhidmatan prabayar kepunyaan anak-anak mereka tanpa mengira di mana mereka berada.
Perkhidmatan yang menggunakan kad SIM telefon itu disasarkan kepada kanak-kanak berusia 8 tahun dan remaja berumur 16 tahun dan ia mampu mengawal laman web yang dilayari anak mereka, sekali gus menjadikan ibu bapa 'kembali berkuasa' ke atas telefon bimbit anak masing-masing.
Namun, ia hanya boleh diaplikasi pada rangkaian telefon Vodafone yang dipercayai akan menarik minat ibu bapa yang bimbang aktiviti buli menerusi SMS dan penyalahgunaan telefon bimbit di sekolah.
Tambah menarik, rakan-rakan yang ingin didaftarkan di dalam senarai pemanggil telefon dan laman web yang ingin dilayari kanak-kanak itu juga perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa terlebih dahulu kerana perkhidmatan itu disambung kepada kad SIM telefon ibu bapa.
Kad prabayar itu boleh didapati di laman web Bemilo bermula hari ini dan Carphone Warehouse lewat bulan ini dengan caj sebanyak 2.95 pound (RM14.63) sebulan.
Justeru, aktivis yang menyokong kempen menghalang kanak-kanak melayari pornografi di Internet menggesa syarikat telefon bimbit lain turut menyediakan perkhidmatan sama seperti yang diperkenalkan Bemilo. - Agensi
Rabu, Mei 23, 2012
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Bemilo kawal telefon bimbit kanak-kanak silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "