GAMBAR tidak bertarikh dikeluarkan EADS Astrum menunjukkan satelit penyelidikan saintifik ROSAT yang dilancarkan pada 1990.
Serpihan ROSAT memasuki bumi pada kelajuan 450 kilometer sejam
BERLIN - Sebuah satelit yang tidak lagi berfungsi dilaporkan memasuki atmosfera awal pagi semalam dan serpihannya dijangka jatuh ke bumi, lapor Pusat Aerospace Jerman.
Jurucakap agensi berkenaan, Andreas Schuetz berkata tiada sebarang bukti jelas untuk menentukan di negara atau benua mana satelit penyelidikan saintifik ROSAT itu akan jatuh.
Kebanyakan bahagian satelit bersaiz van mini itu dijangka terbakar ketika menghampiri bumi tetapi lebih 30 serpihan seberat 1.7 tan boleh terhempas apabila menuju ke bumi pada kelajuan lebih 450 kilometer sejam.
"Saintis tidak lagi dapat berkomunikasi dengan satelit yang sudah 'mati' itu dan ia perlu mengembara kira-kira 20,000 kilometer dalam tempoh 30 minit terakhir sebelum memasuki atmosfera," kata Schuetz.
"Pakar menanti perkembangan lanjut untuk 'pemantauan dari seluruh dunia," katanya.
Saintis berkata beberapa jam sebelum memasuki semula ruang atmosfera satelit terbabit dijangka tidak jatuh di Eropah, Afrika atau Australia. Sebaliknya berdasarkan laluan perkiraan awal, ia mungkin terhempas di sekitar Asia, kemungkinan China ketika memasuki semula ruang atmosfera.
Bagaimanapun Schuetz berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada satelit terbabit sebenarnya memasuki kawasan yang dinyatakan.
Satelit saintifik ROSAT seberat 2.4 tan itu dilancarkan pada 1990 dan tidak lagi beroperasi pada 1999 selepas digunakan untuk penyelidikan lubang hitam dan bintang neutron selain melakukan kajian sumber X-ray pertama di langit menggunakan imej teleskop.
Rangka tunggal terbesar ROSAT yang boleh berlanggar dengan bumi adalah cermin tahan panas teleskopnya.
Agensi berkenaan menyatakan, ketika misinya, satelit itu berada pada kedudukan orbit kira-kira 600 kilometer di atas permukaan bumi tetapi sejak tidak lagi digunakan ia kehilangan altitud, berlegar pada kelajuan hanya 330 kilometer di atas bumi pada Jun.
Malah, ketika hari-hari terakhirnya, satelit itu masih lagi berlegar setiap 90 minit mengelilingi planet, menjadikan sukar untuk diramalkan di mana sebenarnya ia akan mendarat di bumi.
Sebuah satelit mati NASA dilaporkan jatuh ke selatan Lautan Pasifik bulan lalu, tidak menyebabkan sebarang kemusnahan walaupun dibimbangi akan terkena penduduk di kawasan terbabit dan menyebabkan kecederaan atau kematian manusia.
Pakar percaya bahawa kira-kira 24 kepingan serpihan besi dari satelit bersaiz bas itu akan jatuh kira-kira 800 kilometer jauh dari kawasan yang diduduki di dunia.
Satelit penyelidikan iklim NASA memasuki atmosfera Bumi secara umumnya di Samoa Amerika, bagaimanapun, serpihannya yang jatuh, tidak mengenai air kira-kira 480 kilometer ke timur laut, Pulau Krismas. Agensi
Muhammad Ttuyup
,
Selasa, Oktober 25, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
PENULIS
Muhammad Ttuyup
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Satelit 'mati' diramal jatuh di China silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "