
Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Presiden AS, Barack Obama dengan bangga mengumumkan kepada dunia bahawa beliau akan membawa pulang kumpulan akhir 40,000 tentera AS yang masih berada di Iraq, menjelang akhir tahun ini.
"Kami menolak permintaan Pentagon supaya mana-mana askar AS yang masih berada di bumi Iraq pada 2012 diberikan kekebalan daripada sebarang pendakwaan melakukan jenayah dan kami juga berhenti membincangkan isu latihan tentera antara dua negara," menurut Nouri.
Menurutnya, Washington meminta kekebalan itu diberikan kepada askar AS tetapi permintaan itu ditolak Baghdad.
"Dalam perbincangan itu, kami memutuskan tidak akan memberi kekebalan kepada askar AS yang masih berada di Iraq dan kemudian barulah penghantaran pulang tentera negara itu bermula," katanya.
Pada 2008, Iraq dan AS bersetuju bahawa semua tentera AS akan keluar dari negara Teluk itu menjelang akhir tahun ini namun beberapa keganasan terbaru di Iraq menyebabkan tentera AS ingin menempatkan ribuan tentera di negara itu untuk beberapa tahun lagi namun cubaan itu dihalang Baghdad.
+
Tentera AS keluar dari Iraq akhir tahun: Obama
WASHINGTON : Presiden Barack Obama semalam, berkata semua tentera Amerika akan meninggalkan Iraq menjelang akhir tahun ini, menamatkan perang cukup lama yang mencetuskan perpecahan politik dan merenggangkan hubungan AS dengan sekutunya.
Keputusan itu dibuat selepas Iraq gagal menyetujui kekebalan untuk menempatkan sekumpulan kecil tentera AS di negara berkenaan bagi tujuan melatih askar tempatan dan mengekang pengaruh negara jiran Iran, kata pegawai kerajaan, semalam.
Selepas hampir sembilan tahun dengan jumlah kematian lebih 4,400 tentera AS, berpuluh-puluh ribu rakyat tempatan dan ratusan bilion dolar dibelanjakan, Obama berkata, tentera AS akan meninggalkan Iraq secara bermaruah.
"Hari ini, sepertimana dijanjikan, saya mengumumkan semua tentera kita di Iraq akan pulang menjelang akhir tahun ini," katanya. - AFP
Selasa, Oktober 25, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 'Kami yang arah tentera AS keluar' silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "