PARIS 18 Ogos - Bilangan penduduk dunia bakal mencecah angka tujuh bilion pada akhir tahun ini, dengan pertambahan bilangan penduduk Afrika yang mengimbangi penurunan kadar kelahiran di negara lain, kata kajian terbaru yang disiarkan hari ini.
Institut Kebangsaan Kajian Demografi Perancis (INED) menjangka pertambahan jumlah penduduk dunia akan berterusan sehingga mencecah jumlah yang stabil antara 9 hingga 10 bilion di seluruh dunia pada akhir abad ini.
Daripada jumlah enam bilion penduduk pada tahun 1999, jurang antara peratusan kelahiran dan kematian di seluruh dunia bertambah dengan pantas dan meningkat satu bilion lagi dalam tempoh 12 tahun.
INED, yang turut menjalankan kajian tersebut dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia dan beberapa institusi kebangsaan, menjangka pertambahan penduduk akan mengambil masa 14 tahun untuk mencecah lapan bilion penduduk sebelum mencapai jumlah stabil.
Malah dari segi sejarah juga menunjukkan pertambahan jumlah penduduk dunia meningkat mendadak sejak abad ke-19.
"Jumlah tersebut meningkat tujuh kali ganda sejak 200 tahun lalu, mencapai angka tujuh bilion pada tahun ini dan dijangka mencecah sembilan atau 10 bilion pada akhir abad ke-21," jelas laporan tersebut.
Hanya tujuh negara saja diperlukan untuk menyamai separuh daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia, dan ia disebabkan perubahan demografi yang memberi kesan besar.
China berada di senarai teratas dengan lebih daripada 1.33 bilion penduduk, diikuti dengan 1.17 bilion penduduk di India.
Lima negara yang lain adalah Amerika Syarikat, Indonesia, Brazil, Pakistan dan Nigeria.
INED juga menjangkakan antara sekarang dan 2050, India akan menjadi negara yang mempunyai penduduk paling ramai, dengan China mengamalkan dasar satu anak untuk memperlahankan kadar pertambahan jumlah penduduk. - AFP
Sabtu, Ogos 20, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Warga dunia 7 bilion silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "