KEBULURAN DI SOMALIA
NAIROBI : Angka kematian akibat kebuluran yang melanda Somalia akan bertambah meruncing sekiranya tindakan segera menanganinya tidak diambil masyarakat dunia, kata Andrew Mitchell, menteri pertama Britain melawat Mogadishu selepas lebih 18 tahun.
'Fakta yang nyata ialah keadaan di selatan Somalia bertambah buruk setiap hari,' kata Mitchell, yang juga Setiausaha Pembangunan Antarabangsa Britain, selepas melakukan lawatan ke Mogadishu.
'Ketika ini, lebih 400,000 kanak-kanak terdedah kepada risiko kematian dan mereka akan terkorban sekiranya tindakan segera tidak diambil,' katanya yang turut mengumumkan dana bernilai 29 juta euro ($50 juta) bagi membantu Somalia.
Menurut beliau, tanpa tindakan segera, krisis di Somalia hari ini akan lebih buruk daripada krisis kebuluran yang menimpa negara Afrika itu pada 1991-1992 apabila lebih 200,000 orang terkorban.
'Ini bagai satu perlumbaan mengejar masa,' kata Mitchell yang melakukan lawatan ke khemah pelarian.
Lebih 12 juta penduduk di sebahagian wilayah Djibouti, Habsyah, Kenya, Somalia dan Uganda berdepan dengan risiko kebuluran ekoran musim kemarau terburuk dalam tempoh berdekad. Somalia merupakan negara yang paling teruk terjejas.
Sementara itu, mangsa kebuluran Somalia di kem-kem pelarian dilaporkan berhadapan ancaman keganasan setiap hari sehingga membuatkan mereka memilih berlapar daripada mendapatkan bekalan makanan yang diagih-agihkan agensi-agensi bantuan.
Di kem Bad-baado di Mogadishu yang menempatkan 20,000 pelarian mangsa kebuluran, kejadian rogol, keganasan dan bunyi tembakan berlaku hampir setiap hari.
Kem tersebut terletak berhampiran lokasi pertempuran selalu tercetus antara tentera pemerintah dengan kumpulan militan Al- Shabab di Mogadishu.
'Saya tidak boleh berada di sini bersama anak-anak. Ramai anggota militan bersenjata ada di sini.
'Anda boleh mendengar bunyi tembakan setiap waktu. Saya juga bimbang dirogol,' kata Halima Hassan Hilowle.
Seperti kebanyakan pelarian lain, Halima memilih tinggal di kem Hawale, kira-kira 1.6 kilometer dari Bad-badoo bagi keselamatan dirinya serta anak-anak.
Kem tersebut yang dikendalikan orang persendirian dan dikawal ketat pengawal keselamatan pada waktu malam, bagaimanapun tidak menerima bantuan bekalan makanan daripada agensi-agensi kemanusiaan.
'Kami tidak mempunyai bekalan air dan tempat berlindung. Kami tidak punya apa-apa. 'Kami juga tidak menerima bekalan ubat dan makanan. Satu-satunya kemudahan yang disediakan pertubuhan bukan kerajaan di sini ialah tandas,' kata pelarian, Abdi Abdullah. - Agensi.
Sabtu, Ogos 20, 2011
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang 400,000 kanak-kanak di ambang maut silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "