2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 19 April 2025   
@ 21 Syawal 1446H / 2:45 AM

13Khamis,Januari

Planet 10b seakan bumi

DUA imej planet 10b yang menyerupai bumi.
 
Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan

BERKELY
: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.
 
Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.
 
"Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui," kata pasukan program, Kepler Nasa.

Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.

" Ia adalah satu penemuan yang bersejarah," kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.

Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer.
 
"Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi," Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.

Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.

Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.

"Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi."

Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi.

"Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi," kata mereka lagi. – Agensi

INFO: Planet 10b
  • 40 peratus lebih besar dari bumi
  • Berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi
  • Adalah planet batu
  • Mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi
  • Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius
  • Muhammad Ttuyup , Khamis, Januari 13, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
    • Share On Facebook
    • Digg This Post
    • Stumble This Post
    • Tweet This Post
    • Save Tis Post To Delicious
    • Float This Post
    • Share On Reddit
    • Bookmark On Technorati
    Blog Gadgets

    ...lagi Artikel yang Berkaitan :

    Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

    Salam Blogger.... !!! .

    PENULIS Muhammad Ttuyup

    CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

    0 komentar :: :

    1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
    2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
    3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
    4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
    5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
    6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
    7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
    8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

    Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog