WASHINGTON 19 Sept. - Beberapa pihak daripada kumpulan Islam, Kristian dan Yahudi telah mencipta enjin carian di Internet yang mampu membuat tapisan bagi mengelakkan komuniti terbabit menjumpai web yang menyiarkan minuman mengandungi alkohol dan juga pornografi.
Melalui enjin carian di alamat www.imhalal.com itu, jika pengguna menaip perkataan 'alkohol', ia akan menghubungkan kepada artikel yang memberi hujah mengapa Islam tidak membenarkan umatnya minum minuman keras itu.
"Kami berpendapat, enjin carian lain yang terdapat di Internet terlalu 'terbuka'.
"Sebab itu kami mewujudkan enjin carian baru bagi membolehkan pengguna melayari Internet dalam keadaan yang selamat tanpa menjumpai sebarang laman web yang menyiarkan bahan lucah dan haram," kata pengasas enjin carian Islam I'mHalal, Reza Sardeha.
"Jika perkataan 'pornografi pula ditulis, ia tidak akan menghubungkan penggunanya ke mana-mana laman web", katanya.
Reza yang merupakan warga Kuwait dan berusia 21 tahun berkata, beliau yakin enjin carian ciptaannya itu akan berjaya menarik minat pengguna dari beberapa negara seperti Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat (AS).
"Setiap minggu kami menerima banyak emel daripada pengguna bukan Islam yang suka dengan enjin carian ini dan menyatakan mereka kini rasa lebih selamat setiap kali anak-anak mereka melayari Internet," jelasnya.
Bagi pengguna beragama Kristian pula, sebuah enjin carian seekfind.org dicipta untuk menghubungkan penggunanya kepada laman web yang tidak menyiarkan perkara bercanggah dengan apa yang diajar oleh kitab Injil.
"Dengan cara itu, anda akan berasa yakin setiap kali menggunakan Internet kerana maklumat yang anda terima tidak bercanggah dengan apa yang disuruh Tuhan," kata pengasasnya, Shea Houdmann.
Bagi penganut Yahudi pula, sebuah enjin carian yang dikenali sebagai Jewogle dicipta mengambil insprasi daripada enjin carian paling popular iaitu Google. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "