NEW DELHI 10 Sept Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa ancaman wabak denggi akan memuncak pada awal bulan depan iaitu ketika India menjadi tuan rumah Sukan Komanwel di ibu negara itu.
"Kes denggi sedang meningkat di Delhi walaupun situasinya lebih baik berbanding pada 1996 dan ia akan memuncak pada awal bulan depan..
"Ia bermula dari Julai, September dan Oktober adalah tempoh kritikal," kata Dr Chusak Prasittisuk, penyelaras penyakit bawaan vektor bagi Pejabat WHO Asia Tenggara, pada sidang media di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya situasi masih terkawal ekoran langkah secukup diambil oleh pihak berkuasa kesihatan Delhi bagi membendung penyakit itu.
Beliau mengakui jumlah bilangan kes denggi tidak dilaporkan sepenuhnya.
Dr Chusak juga menyifatkan situasi di India sebagai "sederhana" berbanding negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Myanmar atau Sri Lanka di mana ribuan kes dilaporkan pada musim ini.
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga India mendedahkan kira-kira 1,580 kes denggi dengan empat kematian dilaporkan di bandar raya itu antara Julai hingga bulan ini.
Kebanyakan acara Sukan Komanwel, dari 3 hingga 14 Okt ini, akan diadakan di Delhi di mana kerja-kerja pembinaan infrastruktur utama masih berjalan dengan cuaca monsun melanda utara negara itu.
Sementara itu, pegawai kementerian cuba menafikan kebimbangan tercetusnya wabak denggi di Delhi walaupun media melaporkan peningkatan kes, dengan tinggal 23 hari sahaja untuk temasya sukan itu.
"Keadaan bukan di luar kawalan di Delhi. Laporan kami menunjukkan semua tapak sukan bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes," kata setiausaha kementerian K. Sujatha Rao.
Ancaman wabak denggi di sekitar Delhi dalam tempoh beberapa minggu lepas telah mencetuskan kebimbangan negara peserta, menyebabkan beberapa pejabat kedutaan asing di sini ingin mendapatkan kepastian dan jaminan pihak berkuasa kesihatan sebelum ketibaan atlet akhir bulan ini. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "