2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Haji, Kos naik 25%, Tren siap

Kos tunai haji naik 25 peratus

Arab Saudi ramal jemaah belanja RM20.73b laksana ibadat tahun ini
 
JEDDAH: Jemaah asing yang berkunjung ke Arab Saudi untuk menunaikan haji tahun ini dijangka membelanjakan lebih SR25 bilion (RM20.73 bilion), peningkatan kos 25 peratus berbanding tahun lalu.

"Ia berikutan pertambahan bilangan jemaah, peningkatan kos penginapan, makanan dan harga tambang penerbangan," kata Ali Hassan Nagoor, anggota Dewan Perdagangan dan Industri Jeddah.

Beliau menulis sebuah buku mengenai ekonomi jemaah tahun lalu dan menerangkan isu perbelanjaan itu kepada Arab News.
 
"Banyak negara merancang menaikkan yuran sebagai langkah menghadapi penurunan bilangan jemaah disebabkan langkah ketat diguna pakai negara pentadbiran diraja ini tahun lalu kerana wabak selesema babi," katanya.
 
Bagi menghalang penyebaran wabak itu, lelaki berusia lebih 60 tahun, kanak-kanak bawah 12 tahun dan wanita hamil dilarang melakukan ibadat haji tahun lalu.
 
Ali Hassan berkata, perbelanjaan jemaah yang mengerjakan umrah tahun ini turut meningkat 30 peratus berbanding tahun lalu, berikutan kos kemudahan naik di semua kawasan kediaman di Makkah.

Itu termasuk kawasan sekitar Masjidil Haram yang naik sehingga kira-kira 25 peratus tahun lalu sebagai tambahan kepada peningkatan harga komoditi dan makanan yang dianggarkan lebih 10 peratus.
 
"Harga tiket penerbangan turut meningkat, terutama ketika pertengahan Ramadan," katanya lagi. Ali Hassan juga berkata, bilangan jemaah umrah tahun ini akan meningkat setengah juta lagi berbanding tahun sebelumnya kepada hampir empat juta.
 
Beliau juga menjangka bilangan jemaah umrah mencecah lima juta dalam tempoh setahun hingga lima tahun akan datang dan menggesa persediaan dibuat untuk mereka termasuk mendirikan lebih banyak hotel dan peruntukan pengangkutan moden.
 
Beliau turut merujuk kepada masalah kesesakan jemaah di lapangan terbang setiap tahun dan berkata jumlah mereka bertambah sejurus sebelum Aidilfitri apabila penduduk Arab Saudi mahu melancong ke luar negara. – Agensi
 
+
 
 

Tren siap untuk musim haji

MAKKAH: Tren yang menghubungkan Masjidil Haram dengan enam stesen daripada sembilan stesen sudah diuji setiap hari sebagai persiapan untuk kegunaan jemaah haji tahun ini.

Menurut Setiausaha Rendah Kementerian Hal Ehwal Bandar dan Luar Bandar, Dr Habib Zain Al-Abideen, kejayaan projek pengangkutan itu hanya akan diketahui selepas musim haji selesai.

Harga tiket untuk perjalanan setiap destinasi masih dikaji Putera Naif Bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kedua, Kementerian Dalam Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kanan Haji. - Agensi

Cik NiNe Che Kadir , Selasa, September 21, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog