GAMBAR menunjukkan lukisan Picasso yang mencatatkan rekod lelongan di New York kelmarin.
NEW YORK 5 Mei - Sebuah lukisan perempuan simpanan Pablo Picasso yang dihasilkan pada tahun 1932 berjaya dilelong pada harga AS$106.5 juta (RM342.1 juta), satu catatan rekod dunia untuk lelongan hasil karya seni.
Lukisan Nude, Green Leaves and Bust yang pada mulanya dijangka terjual pada harga antara AS$70 juta (RM224 juta) dan AS$90 juta (RM289 juta), berjaya dijual di firma lelongan Christie semalam kepada seorang pembida yang tidak dikenali menerusi panggilan telefon.
Menurut Christie, bidaan berlangsung selama sembilan minit melibatkan lapan orang pelanggan di dalam bilik jualan dan menerusi telefon.
Ketika lelongan mencecah harga AS$88 juta (RM284 juta), hanya dua pembida sahaja yang kekal.
Bidaan terakhir adalah pada harga AS$95 juta (RM307 juta), namun pembida terakhir telah membelinya pada harga AS$106.5 juta (RM342.1 juta).
Ketua impresionis dan seni moden Christie di New York, Conor Jordan berkata, beliau sangat gembira dengan hasil tersebut.
"Hasil lelongan yang menakjubkan ini menunjukkan keyakinan dalam pasaran dan keghairahan peminat karya seni dalam memiliki hasil kerja yang berkualiti," katanya.
Lukisan perempuan simpanan Picasso, Marie-Therese Walter dipamerkan di Amerika Syarikat hanya sekali iaitu di Los Angeles pada tahun 1961 sempena meraikan ulang tahun ke-80 kelahiran Picasso.
Lukisan itu, yang berukuran 1.5 meter tinggi dan 1.2 meter lebar, menunjukkan gambar wanita itu sedang berbaring dalam keadaan bogel manakala imej Picasso berdiri di belakang sambil memandang ke arahnya.
Lukisan itu dimiliki oleh seorang penaung seni California, mendiang Frances Lasker Brody yang membelinya pada tahun 1950-an dan disimpan oleh keluarganya sejak itu. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "