2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 12:47 AM

6Khamis,Mei

Abai penampilan

KUALA LUMPUR : ”Isteri-isteri di Malaysia kurang menjaga penampilan diri, malah ada yang sudah bosan menjadi suri hati suaminya yang dianggap sudah ‘pencen’.

Lebih menyedihkan mereka hanya fokus kepada anak dan cucu berbanding suami,” kata kaunselor, Hushim Salleh mengenai sikap isteri pasangan warga emas sekarang.

Katanya, fenomena itu budaya baru dalam masyarakat apabila pasangan sudah menjengah usia emas.


Kaum wanita (isteri) katanya, sudah jarang menjaga penampilan diri malah ada yang memarahi suami jika cuba bermanja-manja dengan alasan sudah lanjut usia dan sebagainya.


Hushim berkata, tidak hairanlah jika lelaki atau suami warga emas ini mudah didekati gadis muda dari seberang yang ternyata pandai melayan dan menjaga hati lelaki ini. “Golongan wanita warga asing ini pandai mendalami keinginan lelaki warga emas yang tidak akan pernah surut.


“Bukan itu saja, golongan suami ini tidak dipedulikan, malah jarang berkomunikasi dengan si isteri yang sibuk dengan anak dan cucu hingga merasa terpinggir kerana tidak didekati seperti sebelum ini
,” katanya.


Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai seorang lelaki warga emas yang menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Klang, Selangor sejak beberapa hari lalu dipercayai dilamun cinta sebelum membuat keputusan nekad mengikut seorang wanita warga Indonesia pulang ke negara asalnya.


Hushim berkata, masyarakat tidak boleh hanya menyalahkan perempuan dari seberang apabila berlaku kes seperti ini kerana masalah berpunca daripada pasangan itu sendiri.


Memang tidak dapat disangkal perempuan ini mahukan kesenangan, lebih lagi cinta sebegini bukan sesuatu yang ikhlas.


“Mereka mungkin hanya mahukan wang ringgit sebelum meninggalkan lelaki warga emas itu terkontang-kanting, namun isteri perlu mengambil langkah mengatasi masalah ini sebelum ia menjurus ke arah itu
,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri V S Suwaminathan berkata, ia bukan satu jenayah jika mengikut wanita seberang dengan rela hati.


Ia akan menjadi satu jenayah besar jika mereka ditipu dan terdapat unsur jenayah seperti menghasut dan sebagainya.


“Jika ia dilaporkan kepada polis dengan dakwaan dan bukti kukuh oleh pihak keluarga, ia sepatutnya dipandang serius kerana bakal mengundang pelbagai masalah
,” katanya.


Suwaminathan berkata, perkara ini jika tidak dibendung akan menjadi masalah besar kelak, termasuk perpecahan keluarga akhirnya menjadi faktor kepada gejala sosial. -
myMetro

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Mei 06, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog