SEORANG pekerja membersihkan kotoran yang melekat pada sebuah tempayan kurun ke-10 Yue Mise China dari tahun 907-960 yang dipamerkan di sebuah gudang di daerah Pamulang, Tangerang, wilayah Banten, Indonesia.
JAKARTA 5 Mei - Acara lelongan harta karun berusia 1,000 tahun yang dijalankan oleh Kementerian Laut Indonesia hari ini tidak mendapat sambutan.
Pegawai Lelong, Iraningsih berkata, oleh kerana tiada pihak yang berminat, lelongan tersebut ditutup dalam tempoh tidak sampai lima minit.
Harta karun sebanyak 271,000 buah itu ditemui di dalam bangkai kapal yang tidak dapat dipastikan jenisnya dan diangkat di perairan Ceribon, Jawa Barat pada tahun 2004.
Kerajaan Indonesia hari ini menjual satu lot daripada harta karun tersebut yang terdiri antaranya barangan emas, berlian serta seramik abad ke-10 dan menjangka memperoleh pendapatan kira-kira RM257 juta.
Menteri Pelancongan Indonesia, Jerowacik yang turut menyaksikan lelongan itu mengatakan, kerajaan Indonesia akan mengambil 50 peratus daripada harta karun yang ditemui, manakala selebihnya diserahkan kepada syarikat yang menemuinya termasuk dari Belgium, Luc Heymans' Cosmix Underwater Research Ltd.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kelautan Indonesia, Sudirman Saad berkata, lelongan tersebut tidak mendapat sambutan kerana tempoh yang diberikan terlalu singkat iaitu seminggu.
Sehubungan itu beliau menjelaskan, lelongan kedua akan diadakan dalam masa terdekat.
"Lelongan tidak mendapat sambutan itu perkara biasa, kerana ia adalah satu daripada strategi jual beli, tetapi lelongan kedua akan diadakan," jelas beliau. – Utusan & REUTERS
Daripada BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "