PUTERA ALWALEED & RUPERT MURDOCH
RIYADH – Bilionair yang juga anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal dan taikun media Amerika Syarikat (AS), Rupert Murdoch diibaratkan sebagai pasangan yang ganjil.
Putera Alwaleed merupakan anggota kerabat diraja Arab Saudi dari keluarga diraja yang kuat berpegang dengan ajaran agama Islam manakala Murdoch ialah seorang yang amat pro-Israel.
Namun, satu urusan perniagaan yang diumumkan kelmarin menunjukkan kedua-dua bilionair itu mengetepikan kepentingan politik untuk tujuan perniagaan televisyen dan filem yang lumayan.
Di Riyadh, Putera Alwaleed mengumumkan gergasi hiburannya di Asia Barat, Rotana Group akan menjual sembilan peratus saham kepada empayar media global Murdoch, Nees Corp.
Putera itu mempunyai kepentingan tujuh peratus dalam News Corp. Syarikat Rotana Group miliknya menyiarkan program dari Fox Entertainment.
Putera Alwaleed merupakan anak saudara pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah dan merupakan orang yang ke-22 terkaya di dunia pada tahun lalu.
Kedua-dua bilionair itu menekankan ia merupakan satu perjanjian perniagaan yang bertujuan untuk mengeksploitasi pasaran serantau.
Murdoch mengetuai saluran seperti Fox News, akhbar Wall Street Journal dan New York Post di Amerika Syarikat (AS) selain Times, Sky TV dan akhbar The Sun di Britain. Bilionair itu dianggap sebagai anti-Arab dan pro-Israel.
Murdoch telah menyokong Israel selama beberapa dekad dan menerima sejumlah anugerah daripada beberapa kumpulan Yahudi. Pada tahun lalu, beliau memberitahu Jawantankuasa Yahudi Amerika bahawa dunia menghadapi satu peningkatan serangan kesahihan dan keselamatan terhadap negara Israel.
Keadaan itu berbeza dengan Putera Alwaleed.
Putera Alwaleed dikenali di negaranya sebagai seorang yang progresif dan penyokong kuat Arab. Kumpulan Rotana yang menjadi miliknya menyiarkan siri yang kontroversi di Turki menerusi stesen televisyen Khalijia.
Siri drama itu berjudul Valley of Wolves yang mencetuskan perbalahan diplomatik kerana memberi gambaran negatif ke atas penduduk Israel.
Iklan di saluran televisyen itu memberi peringatan kepada penonton bahawa siri tersebut yang melabelkan Israel sebagai anti-Arab menjadi dalang dalam perbalahan antara Turki dengan Israel.
Putera Alwaleed itu mengetahui perbezaan antara beliau dengan Murdoch pada satu sidang akhbar kelmarin.
“Ia bukannya hanya Fox secara umum menentang dunia Arab. Ia merupakan sindrom Amerika,” kata putera tersebut.
“Kita akan melakukan yang terbaik untuk mengurangkan nada (penentangan itu),” tambahnya.
Sebahagian pihak di Amerika menganggap Putera Alwaleed mewakili wajah kumpulan keras Islam. – AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "