Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 10:53 AM

25Khamis,Februari

Abbey Road diisytihar bangunan bersejarah

GAMBAR bertarikh 16 Februari lalu menunjukkan tembok depan Studio Abbey Road yang menjadi mangsa vandalisme.

LONDON 24 Feb. - Studio rakaman Abbey Road di London yang dipopularkan oleh artis seperti The Beatles, secara rasmi semalam diisytihar sebagai bangunan bersejarah, sekali gus melindungiya daripada mengalami perubahan besar-besaran.

Pengumuman Jabatan Budaya, Media dan Sukan Britain itu dibuat dua hari selepas pemiliknya, kumpulan muzik EMI yang menghadapi masalah kewangan berkata, pihaknya tidak akan menjual studio tersebut berikutan bantahan awam.

Bagaimanapun EMI dalam perbincangannya ada menyebut tentang satu projek untuk 'mengaktifkan semula' studio tersebut yang 'bakal melibatkan satu suntikan penting modal baru'.

"Studio Abbey Road telah melahirkan beberapa pemuzik terbaik di dunia. Ia adalah bukti kepada kepentingan muzik dalam kehidupan manusia serta keghairahan yang ditimbulkan akibat isu ini, sehingga berjaya mendorong minat yang begitu mendalam berhubung ancaman kepada masa depan Abbey Road," kata Menteri Budaya Margaret Hodge ketika mengumumkan pengisytiharan tersebut.

EMI membeli rumah bandar itu di kawasan mewah Saint John's Wood dekat utara London pada harga 100,000 pound Sterling (RM528,305) pada 1929.

Ia kekal sebagai sebuah destinasi popular untuk peminat-peminat band legenda The Beatles yang melawat kota tersebut sehingga hari ini.

The Beatles merakamkan kebanyakan album mereka di Abbey Road pada 1960-an termasuk 'Abbey Road' pada 1969, yang pada kulit album itu tertera gambar keempat-empat ahli kumpulan berkenaan sedang melintas jalan di laluan pejalan kaki di luar studio terbabit.

Antara nama besar lain yang turut merakamkan album di studio itu ialah Pink Floyd, Jeff Beck dan Radiohead.

Kedudukan Abbey Road di bawah senarai Gred II diberikan berdasarkan kepentingan sejarah dan bermaksud jika pemiliknya ingin menjalankan pengubahsuaian, mereka perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. - AFP

Adam Merah , Khamis, Februari 25, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog