Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 12:45 PM

11Khamis,Februari

Produk 'flashing candy' bahayakan kesihatan

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan meminta pengimport dan agen makanan untuk tidak mengimport produk 'flashing candy' buatan China yang boleh membahayakan kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pemantauan dijalankan bagi memastikan tiada produk itu di pasaran dan jika ada, pihak pengimport diminta menarik balik produk berkenaan di pasaran secara sukarela.

Kementerian ingin memaklumkan bahawa sememangnya kementerian tidak membenarkan pengimportan dan penjualan sebarang produk makanan yang merbahaya kepada kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, produk itu dan yang mempunyai ciri-ciri sama dari China dan negara lain telah diletak pada Tahap Pemeriksaan Enam (tidak dibenarkan masuk) melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).

Sabtu lepas, sebuah akhbar di Singapura melaporkan Pihak Berkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar Singapura (AVA) mengeluarkan surat amaran bertarikh 31 Disember 2009 kepada pengimport makanan dan mengarahkan penarikan produk terbabit.

Tiong Lai berkata, AVA telah menarik daripada pasaran produk-produk 'Kidsmania Pirate Flash Pop', 'Kidsmania Flash Pop Mini', 'Kidsmania Blink Pop' dan 'Kidsmania Baby Flash Pop' yang dikeluarkan Syarikat Zhaoqing Kidstar Toys Manufactory Ltd, China.

Produk itu mempunyai mentol bercahaya (LED) yang disaluti kandi dan jika mentol itu pecah dan tertelan oleh mereka yang memakannya, boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang membahayakan kesihatan.

Tiong Lai berkata, di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan-makanan seperti ini tidak dibenar dijual kepada orang ramai kerana mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang terlibat, jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 13(1) Akta Makanan 1983 boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Katanya, penjual boleh melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri jika produk itu terdapat di premis mereka ataupun dipulangkan pengguna manakala maklumat lanjut boleh diperoleh di http://fsq.moh.gov.my. - B
ernama

Adam MeRAH , Khamis, Februari 11, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog