2+4 hrs...Twogether Fourever

/

2 Artikel berkenaan Sijil Halal Jakim

Hanya satu rujuk Jakim

PUTRAJAYA: Agak mengejutkan apabila hanya satu restoran kopitiam yang memiliki sijil pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berbanding puluhan lagi restoran konsep sama beroperasi di negara ini, sekali gus diragui status halal yang dimiliki.

Kenyataan mengejutkan itu didedahkan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Muhamad Sheikh Abdul Aziz, yang berkata, hanya satu pengusaha kopitiam yang memohon sijil pengesahan halal daripada Jakim.

"Kopitiam berkenaan beroperasi di Kepong dan dimiliki pengusaha Cina. Bagaimanapun, pengusaha mengambil inisiatif memohon sijil halal daripada Jakim untuk memberi keyakinan kepada pelanggan. Kami tidak mengatakan kopitiam lain tidak halal, tetapi diragui kehalalannya kerana mengikut rekod kami, pengusaha lain tidak pernah memohon atau mendapat pengesahan halal daripada Jakim. Jadi pengguna kena bijak memilih," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mokthar dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff.

Wan Muhamad berkata, mengenai status restoran dimiliki orang bukan Islam, ia bukan isu utama kerana pengusaha terbabit mengambil inisiatif sendiri mendapatkan sijil halal daripada Jakim.

"Walaupun syarikat dimiliki orang bukan Islam atau pegangan majoriti bukan Islam, tetapi yang lebih diutamakan Jakim ialah status halal. Jika syarikat atau premis makanan dimiliki orang Islam tetapi tidak mematuhi piawaian, mereka tidak akan mendapat sijil halal daripada Jakim. Ini kerana kita menjaga kepentingan pengguna bukan pemilik syarikat, itu yang diutamakan. Malah, secara realitinya lebih 70 peratus pemohon sijil halal terdiri pengusaha bukan Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jakim mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi membolehkan mereka mendapat pensijilan halal dan pengusaha terikat dengan SOP berkenaan.

Mengenai sijil atau logo halal yang dikeluarkan syarikat atau pihak lain, beliau berkata, Jakim tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap status halal sesuatu produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan syarikat terbabit.

"Itu terpulang kepada keyakinan penguna dan industri. Mereka tidak boleh menyalahkan Jakim jika timbul keraguan kerana sesiapa saja boleh meletakkan logo halal, tetapi tentunya tiada makna jika tidak diyakini," katanya.

Wan Muhamad berkata, pengusaha dan industri juga perlu bertanggungjawab dengan memohon pensijilan halal Jakim," katanya. -
Oleh Hayati Ibrahim (myMetro)

 

Mufti Selangor gesa boikot premis tidak pamer sijil halal

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihati memboikot premis yang menjual makanan tanpa mempamerkan sijil ataupun tanda halal walaupun premis berkenaan dimiliki oleh orang Melayu beragama Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, pelanggan mestilah memastikan premis yang dikunjungi mempamerkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam di setiap negeri yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkannya.

Pihak yang mengeluarkan sijil halal harus memantau segala aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan makanan terutamanya dari aspek penyembelihan. Saya sendiri merasa hairan dengan sikap sesetengah pemilik premis Melayu beragama Islam yang tidak mendapat dan mempamerkan sijil halal sedangkan, pemilik premis yang bukan beragama Islam berusaha untuk mendapatkannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, satu unit khas ditubu:hkan bagi memantau proses penyembelihan ayam untuk memastikan penyembelihan dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan jika keadaan sebaliknya berlaku, sijil dan tanda halal akan ditarik balik.

Menurutnya, isu yang berkaitan dengan halal tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak.

Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam berhubung kekeliruan pengguna terhadap penggunaan sijil halal palsu yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab secara berleluasa. – S
inar Harian

 

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Februari 11, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog