KUALA LUMPUR: Penemuan memeranjatkan apabila produk Viagra yang selama ini sinonim dengan golongan lelaki, diubah suai penggunaannya secara haram oleh sebuah syarikat jualan langsung (MLM) bagi dijadikan ‘resipi rahsia’ produk perangsang tenaga batin khusus untuk wanita.
Penemuan itu amat mengejutkan pihak berkuasa berikutan produk persis `viagra wanita’ itu dijual secara haram dan diakui boleh mengancam nyawa ribuan wanita yang mengambilnya kerana menyangka ia makanan kesihatan.
Bagaimanapun, penjualan produk `viagra wanita’ itu tumpas selepas pihak penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk `panas’ yang bernilai hampir RM1 juta, semalam.
Pengarah Bahagian Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad berkata, serbuan dilakukan serentak di seluruh negara oleh pegawai penguat kuasa farmasi dengan dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap cawangan dan syarikat jualan langsung terbabit.
Menurutnya, lebih 200 pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu serentak lebih 20 premis kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas risikan dilakukan sejak lebih sebulan lalu.
“Serbuan dilakukan selepas produk edaran syarikat berkenaan dihantar terlebih dahulu ke Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Makmal Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diuji bagi memastikan kandungan berbahaya di dalamnya. Hasil ujian makmal mengesahkan produk untuk wanita mengandungi kimia berbahaya tadalafil manakala produk untuk lelaki mengandungi kimia hydroxythiohomosildenafil yang kerap dicampurkan dalam produk rangsangan seks haram,” katanya.
Dalam operasi semalam, beliau dibantu Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM , Wan Hamid Wan Ibrahim menjalankan pemeriksaan di ibu pejabat syarikat jualan langsung itu di Taman Shamelin Cheras, di sini.
“Setiap kotak produk terbabit yang mengandungi 10 bungkus kecil berisi serbuk perangsang dijual pada harga RM300 sekotak. Kimia taladafil dalam produk itu boleh menyebabkan saluran darah mengembang secara tidak normal selain menyebabkan pelbagai tindak balas pada tubuh seperti mati mengejut, sakit kepala, gangguan perut, penglihatan, kesan sampingan seperti sakit kepala, otot selain boleh menyebabkan penyakit hati dan buta. Bahan kimia itu amat berbahaya kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi. Ia boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam,” katanya.
Menurutnya, kimia taladafil yang disifatkan tiga kali lebih kuat dari kimia sildenafil yang terkandung dalam pil Viagra pastinya boleh menyebabkan pelbagai implikasi buruk apatah lagi jika dimakan setiap hari.
“Kedua-dua produk itu diedarkan ke seluruh negara termasuk turut dieksport ke Indonesia berdasarkan invois ditemui dalam syarikat milik seorang kenamaan itu. Hasil serbuan itu, KKM turut memeriksa satu kilang di Melaka,” katanya.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/02/11

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "