NEW YORK 1 Jan. - Walt Disney Co. menyempurnakan pemilikannya ke atas Marvel Entertainment Inc. melibatkan perbelanjaan bernilai AS$4.24 bilion (RM 15 bilion) semalam, membawa Spider-Man, Iron-Man dan 5,000 lagi karakter lain di bawah satu syarikat bersama Mickey Mouse dan Donald Duck.
Pemegang saham Marvel meluluskan pemilikan tersebut awal, semalam.
Ketua Eksekutif Marvel, Isaac 'Ike' Perlmutter, yang memiliki 37 peratus saham Marvel turut menyokong pemilikan itu. Dia akan memantau perniagaan Marvel dan melaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Robert Iger.
Menurt Iger, penggabungan ini akan membantu Disney meningkatkan hasil dan keuntungan mereka.
"Kreativiti dan peluang perniagaan ekoran daripada penggabungan ini sangat besar," katanya dalam satu kenyataan.
Pemegang saham Marvel menerima AS$30 (RM10.5) setiap saham dalam bentuk tunai, termasuk 0.7452 saham Disney untuk setiap saham Marvel yang mereka miliki. saham Disney semalam ditutup pada harga AS$32.25 (RM12.8).
Nilai setiap saham Marvel ialah AS$54.03 (RM185) dan meletakkan harga belian pada AS$4.24 bilion (RM 15 bilion).
Ini merupakan perjanjian terbesar Disney sejak membeli Pixar Animation Studios Inc., dengan harga AS$7.4 bilion (RM26 bilion) dalam bentuk saham pada 2006.
Sementara itu, POW! Entertainment Inc., syarikat diketuai oleh pencipta bersama Spider-Man, Stan Lee berkata, ia akan menyambung tiga tahun hubungan dengan Disney dengan memberikan hak besar ke atas keluaran kreatif dan eksklusif perkhidmatan perundingan. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "