2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 9 April 2025   
@ 11 Syawal 1446H / 12:46 PM

2Sabtu,Januari

Kajian terbaru jangkitan virus H1N1

MILWAUKEE 31 Dis. - Penyelidik telah menjalankan kajian tentang semudah mana virus influenza A (H1N1) berjangkit, yang menyatakan bahawa jangkitan sukar berlaku berbanding wabak-wabak lain yang berlaku pada masa lalu.

Sekiranya sesiapa di rumah anda mendapat selesema babi, peluang anda dijangkiti adalah satu per lapan, bagaimanapun kanak-kanak mempunyai risiko dua kali lebih tinggi dijangkiti.

Ia adalah satu cubaan besar saintifik untuk mengenal pasti, bagaimana penyakit merebak di rumah berbanding di tempat kerja atau di sekolah, serta siapa yang lebih berisiko.

Kajian itu dilakukan oleh pakar wabak penyakit dari Kolej Imperial di London dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS). Keputusan penyelidikan itu disiarkan dalam New England Journal of Medicine hari ini.

Selesema babi telah menjangkiti satu bagi setiap enam orang di AS sejak ia dikesan pada April lalu. Gelombang kedua yang berlaku kini berada di kemuncak, namun pakar kesihatan tidak tahu sekiranya ada gelombang seterusnya atau tidak.

Mereka yang dijangkiti dinasihatkan supaya tidak keluar rumah selama sekurang-kurangnya sehari sehingga demam surut bagi mengelakkan jangkitan. Ia mewujudkan risiko kepada anggota keluarga lain, namun sejauh mana bahayanya tidak diketahui.

Kira-kira 60 peratus kes berlaku pada kanak-kanak, namun penyelidik tertanya-tanya adakah mereka benar-benar lebih mudah dijangkiti atau lebih kerap dibawa berjumpa doktor untuk diperiksa atau mereka lebih mudah menyebarkan virus berbanding orang dewasa.

Untuk mengetahuinya, penyelidik mengkaji corak jangkitan ke atas 216 individu yang dijangkiti selesema babi di seluruh AS (separuh daripada mereka kanak-kanak) dan 600 orang yang tinggal bersama mereka.

Kajian itu mendapati penyakit paru-paru yang dianggap sebagai selesema babi telah berlaku kepada 78 daripada 600 anggota keluarga lain atau bersamaan dengan 13 peratus. Bagaimanapun, 10 peratus mempunyai simptom selesema lebih jelas.

Ia adalah lebih rendah berbanding 'kadar jangkitan' pada wabak selesema yang berlaku pada 1957 dan 1968, yang mana antara 14 dan 20 peratus anggota keluarga turut dijangkiti. - AP

Muhammad Ttuyup , Sabtu, Januari 02, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog