2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Orang bujang paling merana

Kajian juga dapati kalangan pesara tak berduit golongan bahagia

CANBERRA: Satu kajian terbaru menyanggah kepercayaan ramai apabila mengesahkan golongan bujang yang ada kerjaya dan memiliki kewangan yang kukuh adalah kelompok masyarakat paling tidak bahagia berbanding mereka yang berumahtangga serta warga tua.

Kajian terbaru Jabatan Hal-Ehwal Kekeluargaan, Perkhidmatan Masyarakat dan Pribumi Australia sebaliknya menyenaraikan golongan pesara yang biar pun kesempitan wang, sebagai kelompok paling bahagia dan diikuti pasangan suami isteri yang bekerja dan cukup wang, lapor akhbar Britain, Daily Telegraph, semalam.

Golongan lain termasuk pasangan atau ibu dan bapa tunggal yang bekerja, mempunyai anak dan tertekan tetapi masih bahagia.

Namun, berbanding semua, kelompok bujang yang sihat, bekerjaya dan faktor kewangan yang kukuh terbukti paling tidak gembira.

Malah, mereka terbukti berada di kedudukan teratas carta mereka yang tidak bahagia, mengatasi kelompok penduduk miskin yang hidup tersisih dan tiada wang.

Kajian itu membabitkan 6,000 responden yang ditanya soalan mengenai kerjaya, perhubungan, kewangan, keadaan kesihatan dan perlakuan yang berisiko.

Kumpulan bujang yang rata-ratanya berusia 33 tahun, membabitkan mereka masih solo yang bertugas sepenuh masa, memperoleh pendapatan purata melebihi tahap sederhana dan berpuas hati dengan kerja mereka.

Malangnya, biarpun bermandikan kelebihan yang dianggap ramai sebagai resipi bahagia, golongan bujang ini terbukti berduka, khususnya mengenai status diri masing-masing serta mempunyai kepuasan diri dan hidup yang rendah.

"Hasil kajian itu hanya menambah berita buruk kepada golongan bujang, tetapi persoalannya mengapa nasib mereka sebegitu malang?" soal Pakar Kesihatan dan Kemasyarakatan Universiti Flinders, Britain, Profesor Carol Grbich.

"Hakikatnya, ada banyak kisah menarik mengenai golongan bujang ini. Merekalah golongan paling banyak tertekan atau murung dan membunuh diri," tegasnya.

Pakar Psikologi, Evelyn Field, berkata majoriti golongan bujang ini berasa tertekan dengan kekurangan iaitu tidak mempunyai pasangan.

"Berikutan itu, mereka lazimnya gelisah, tertekan dan sentiasa murung." - Agensi
try , Rabu, Ogos 13, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog