BOLEH cerita sedikit mengenai perkembangan keluarga selepas tujuh bulan Sharlinie hilang.

Apakah usaha yang masih dilakukan untuk mencari Sharlinie memandangkan masyarakat kini seolah-olah sedikit 'terlupa' mengenai kehilangannya.
Kami bukan orang berada yang boleh mencarinya di semua tempat, kami juga menghadapi masalah kewangan jika mencarinya jauh daripada kawasan ini, namun ia tidak bermakna kami hanya berpeluk tubuh.
Buat masa ini iaitu sejak empat bulan lalu, saya dan suami (Mohd Nashar Mat Hussin, 30) akan keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu hampir setengah jam iaitu sekitar jam 8 malam pergi ke pasar malam berdekatan mencari Sharlinie dengan motosikal.
Kami berdua juga sering singgah ke lokasi Sharlinie dilaporkan hilang dulu dengan harapan dapat jumpa dia manalah tahu kalau tiba-tiba terjumpa di tepi jalan... tapi nak buat macam mana, sampai sekarang kami masih belum dapat rezeki untuk menjumpainya.
Kami tidak dapat mencarinya setiap masa kerana mempunyai dua lagi anak iaitu, Nur Amirah, 11, dan Sharliena, 8, yang juga perlukan perhatian. Memang sukar untuk hidup dalam keadaan seperti ini tetapi kita masih perlu teruskan kehidupan.
Bagaimana puan Suraya meredakan perasaan rindu kepada Sharlinie.
Bila teringat, saya akan tengok dan bercakap dengan gambarnya (Sharlinie)... hanya itulah saja yang boleh dilakukan. Ketika itu, air mata memang tak boleh nak tahan kerana terlalu sebak memikirkan nasibnya, keadaannya, dengan siapa dia sekarang, malah banyak lagi perkara yang difikirkan apabila cuba mencari jawapan.
Saya tahu jawapan yang terlintas di kepala memang sukar nak dijawab dan dipastikan tetapi saya tetap menaruh kepercayaan bahawa ada 'penjaga' yang menjaganya. Saya amat berharap 'orang itu' akan memulangkan Sharlinie semula kepada kami dalam keadaan baik.
Setiap kali selepas selesai solat Isyak, saya akan membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat untuk kesejahteraannya. Saya juga berharap keberkatan bulan puasa bulan depan dapat memberikan berita baik.
Mungkin ada perkara yang boleh dikongsikan kepada masyarakat bagaimana keluarga bergelut dengan dugaan berat ini.
Kami berterima kasih dengan pihak berkuasa dan masyarakat yang pernah menghulurkan bantuan sepanjang tempoh mencari Sharlinie sebelum ini. Bagaimanapun, saya sedikit terkilan kerana selepas pilihan raya umum lalu, tiada lagi pihak yang memaklumkan mengenai perkembangan kehilangan Sharlinie termasuk petunjuk di mana dia sekarang. - bh
Rabu, Ogos 13, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Bercakap dengan foto Sharlinie silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "