
BERBILION-bilion penduduk dunia yang menyaksikan majlis pembukaan Sukan Olimpik Beijing di China didakwa tertipu lagi apabila satu lagi pembohongan ketika upacara berkenaan berlangsung terbongkar.
Sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa seorang gadis comel berumur sembilan tahun yang menyanyikan lagu kebangsaan China pada majlis itu lalu hanyalah satu lakonan.
Gadis comel yang berbaju merah dan bertocang tersebut, Lin Miaoke memukau dunia pada Jumaat lalu apabila dia "menyanyikan" lagu kebangsaan China.
Bagaimanapun, suara merdu yang didengar oleh berbilion-bilion penduduk dunia itu bukanlah milik Miaoke tetapi ia adalah suara seorang lagi kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun, Yang Peiyi.
Penganjur didakwa terlebih dahulu merakamkan suara Peiyi menyanyikan lagu kebangsaan China tersebut tetapi memilih Miaoke membuat mimik bibir di hadapan penonton.
Miaoke dipilih kerana penganjur berpendapat Peiyi yang mempunyai gigi yang rosak terlalu hodoh untuk membuat persembahan.
Persembahan Miaoke dalam majlis itu menjadikannya sebagai bintang kanak-kanak paling terkenal di China dan gambar gadis comel itu turut disiarkan di muka depan akhbar New York Times di Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, kisah sebenar di sebalik persembahan mengagumkan Miaoke itu didedahkan oleh pencipta muzik untuk majlis berkenaan, Chen Qigang.
Qigang mendedahkan bahawa keputusan untuk menafikan peluang Peiyi membuat persembahan di hadapan berbilion-bilion penonton adalah untuk kepentingan negara.
"Syarat utama yang diletakkan oleh pengarah adalah imej kanak-kanak itu mestilah seorang yang sangat comel," katanya.
Qigang memberitahu bahawa pada mulanya seorang kanak-kanak berumur 10 tahun telah dipilih dan dia juga menyertai latihan sebelum disingkirkan kerana berpendapat dia terlalu tua.
Pihak penganjur mahu kanak-kanak yang lebih muda dan memilih Peiyi yang mempunyai suara yang hebat tetapi akhirnya memutuskan bahawa Miaoke yang akan berhadapan dengan kamera.
"Ia adalah untuk kepentingan negara. Kanak-kanak yang akan membuat persembahan mestilah berperwatakan menarik dan mampu melahirkan perasaan yang mendalam.
"Miaoke mempunyai kesemua aspek itu tetapi aspek berkaitan dengan suara, Peiyi adalah lebih cemerlang," jelasnya.
"Semua orang harus memahami perkara ini kerana ia berkaitan dengan kepentingan negara. Ia adalah imej kepada muzik kebangsaan dan budaya kebangsaan China.
"Perkara ini menjadi sangat penting dan sesuatu yang sangat serius apabila ia berkaitan dengan upacara menaikkan bendera China," ujarnya.
"Kami membuat keputusan ini yang dianggap adil bagi Miaoke dan juga Peiyi. Kami mampu menampilkan suara yang sempurna dan juga imej yang sempurna dalam persembahan itu," katanya.
Penganjur sebelum ini mendapat malu selepas sebahagian persembahan bunga api yang menerangi bandar raya Beijing ketika majlis pelancaran sukan berkenaan juga didapati palsu.
Sebanyak 29 persembahan bunga api berhampiran Stadium Nasional Beijing di mana sebahagian acara pembukaan berlangsung sebenarnya adalah imej yang dirakamkan.
Persembahan bunga api yang menelan belanja £20 juta (RM126.64 juta) sepanjang empat jam majlis pembukaan berkenaan berlangsung dengan tujuan untuk membuatkan dunia berasa kagum.
Namun, ramai pihak berpendapat China terdesak untuk memaparkan imej yang sempurna kepada dunia dan menjadi penganjur Sukan Olimpik terbaik yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Pihak penganjur semalam juga terpaksa membuat pengakuan bahawa mereka mengarahkan sukarelawan menjadi pasukan sorak untuk mengisi tempat duduk yang kosong di beberapa acara yang berlangsung.

Sukarelawan juga diminta mengisi setiap tempat duduk yang kosong di setiap acara yang berlangsung bagi menunjukkan bahawa setiap stadium dipenuhi dengan penonton.
Cara itu digunakan bagi menutup malu selepas sebelum ini mendakwa bahawa semua tiket untuk acara sukan yang berlangsung sudah habis dijual.
Ahli Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing menyatakan bahawa pasukan sorak yang siap dengan baju seragam itu digunakan bagi mewujudkan suasana yang lebih meriah. - Agensi
Rabu, Ogos 13, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang ‘Penipuan’ pembukaan Olimpik silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "