SIASATAN Jakim mendapati kopi di kafe Starbucks tidak mengandungi campuran bahan haram.
Pengarah Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar dalam e-mel kepada Kosmo! menjelaskan, siasatan mereka mendapati, dakwaan pihak tertentu itu tidak berasas.
"Ia disahkan sebagai halal dan apa yang berlaku merupakan kekeliruan di kalangan pengguna sahaja," katanya sebagai mengulas kiriman e-mel kononnya ia kenyataan Jakim mengesahkan status haram produk terbabit.
Kosmo! yang juga menerima e-mel itu dimaklumkan bahawa pelbagai produk syarikat berkenaan seperti coklat, vanila dan kopi didakwa mengandungi lemak babi selain sejenis arak, rum.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin menambah, penggunaan bahan kimia dengan kod E471 atau mono di-glycefides dalam produk itu turut disahkan halal sebagai bahan tambahan makanan dibenarkan.
"Jakim sendiri membuat pemeriksaan terperinci dan ujian makmal untuk memastikan bahan itu mendapat pengesahan halal berasaskan kepada tumbuhan sahaja serta digunakan oleh kilang berdaftar dengan Jakim," tegasnya.
Beliau juga memaklumkan Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. dan The Coffe Bean & Tea Leaf (Malaysia) Sdn. Bhd. masih memegang sijil halal dikeluarkan oleh Jakim yang tamat tempoh akhir tahun depan. - kosmo

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

assalamualaikum,
BalasPadamdi sini sy ingin berkongsi pendapat,sememangnya makanan atau minuman di starbucks tdk haram ttpi tahukah anda bhawa anda menyumbangkan wang kepada antichrist iaitu yahudi,diibaratkan anda menyumbangan sebutir peluru yg akn menembusi tubuh anak2 muslim di palestin. Tahukah ape sebenarnya maknanya starbucks?? Star merujuk kepada lambang antichrist iaitu zionist dan bucks merujuk kpd money atau duit.pernahkah anda mendegar perkataan..'I came,I saw and then I conquered. Tahukah anda antara agenda org2 yahudi mengaburi mata2 org islam dan tahukah anda siapakah pelopor ekonomi dunia?..jawpannya adlah dalam diri anda. AWAS!!belanjakanlh wang anda di tempat yg betul..kepada peminat minuman starbucks sy minta maaf jika menyinggung perasaan anda tetapi sedarlah,bukalah mata anda seluas-luasnya.Walaupun mulut anda menyebut boikot brg2 yahudi ttpi tanpa anda sedari anda telh menyumbangkan kpd mereka..BOIKOT BARANG2 YAHUDI KERANA MEREKA ANDALH MUSUH ISLAM YG NYATA DISEBUTKAN DALAM AL-QURAN..Anda boleh melihat dokumentari di you-tube..tajuk-the arrivals..satu rahsia yg perlu anda ketahui yg telah dirancang pd awal2nya oleh musuh2 islam,tanpa anda sedari mereka telah mengusai dunia...ALLAH HUAKBAR..