/

Laporan lalu lintas kini boleh diakses melalui telefon bimbit 3G

KUALA LUMPUR: Jika anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sekitar ibu kota dan ingin mencari laluan alternatif, anda kini boleh mengakses laman web Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) melalui telefon bimbit 3G bagi mendapatkan maklumat lalu lintas terkini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan, berkata pengguna jalan raya bukan saja boleh mendapatkan imej dan video keadaan lalu lintas dari telefon bimbit tetapi juga melalui komputer dengan berlanggan kepada ITIS.

Pengguna jalan raya juga boleh mengakses laman web ITIS melalui komputer riba di pejabat, rumah, kafe siber serta restoran bagi memudahkan mereka merancang perjalanan,” katanya selepas Majlis Perasmian Laman Web baru ITIS dan Hari Terbuka ITIS, di sini, hari ini.

Selain 41 kamera litar tertutup (CCTV) yang dipaparkan di laman webnya, ITIS sudah membuat penambahan 40 lagi CCTV berteknologi 3G bagi menyalurkan imej dan video kepada pengguna telefon bimbit berteknologi 3G.

Penambahan itu membabitkan kos RM1.6 juta dan dengan penambahan ini jumlah keseluruhan CCTV yang dimiliki ITIS di sekitar ibu kota adalah 295 unit.

Selain memberikan maklumat terkini keadaan lalu lintas di ibu kota, ITIS melalui laman webnya juga menawarkan perkhidmatan “Perancangan Perjalanan” yang memaparkan peta digital yang boleh membantu pengguna merancang perjalanan di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang,” katanya.

Semua perkhidmatan yang ditawarkan ITIS adalah percuma bagi tempoh yang belum dikenal pasti. - Bernama
try , Rabu, April 09, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog