Selasa : 8 April 2025   
@ 10 Syawal 1446H / 7:23 PM

9Rabu,April

Dunia hadapi ancaman krisis makanan serius

RASA MARAH: : Penunjuk perasaan di Haiti membantah kenaikan harga barang, membakar tayar ketika mengadakan hadangan di bandar Les Cayes, kelmarin.

Kenaikan harga, bekalan kurang boleh gugat kestabilan: PBB


DUBAI:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran peningkatan harga makanan yang berterusan boleh mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan politik di seluruh dunia.

Pemimpin Bank Dunia pula mengingatkan kenaikan harga barangan itu bukan satu fenomena biasa malah boleh berlanjutan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Amaran PBB itu dinyatakan oleh John Holmes, Timbalan Setiausaha Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan dan Bencana PBB di sidang bantuan kemanusiaan di Dubai. Harga purata makanan meningkat sehingga 40 peratus sejak pertengahan 2007, katanya.

"Harga makanan dunia meningkat dengan ketara. Kesan krisis makanan ke atas keselamatan juga tidak boleh dipandang ringan kerana rusuhan sudah meletus di beberapa negara."Aliran harga makanan itu dijangka terus meningkat mendadak yang hanya memburukkan lagi keadaan," katanya.

KECOH: Penduduk miskin berebut-berebut mengambil bungkusan derma beras daripada sekumpulan pelajar di Jakarta, semalam.


Sementara itu di WASHINGTON, Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, berkata permintaan besar terhadap makanan, perubahan diet dan penggunaan biofuel sebagai sumber tenaga alternatif, mengurangkan bekalan makanan sedunia ke tahap menghampiri paras kecemasan.

Zoellick meminta 185 negara anggota dan pertubuhan lain sama-sama menangani masalah itu termasuk mencari jalan membantu petani khususnya di Afrika serta meningkatkan produktiviti dan kemudahan mendapatkan makanan menerusi sekolah dan tempat kerja.

"Satu penilaian di Indonesia baru-baru ini menunjukkan tiga perempat penduduk miskinnya adalah pembeli tetap beras dan peningkatan harga sebanyak 10 peratus pun boleh mewujudkan tambahan dua juta penduduk miskin iaitu kira-kira satu peratus jumlah keseluruhan penduduk negara itu."

Di PORT-AU-PRINCE, Haiti, seorang lelaki mati ditembak dalam tunjuk perasaan di bandar Les Cayes, selatan Haiti, menjadikan jumlah kematian akibat protes kenaikan harga barang meningkat kepada lima orang.

Penunjuk perasaan di kalangan pelajar yang meluahkan kemarahan terhadap kenaikan harga makanan bergaduh dengan polis di luar universiti awam di Port-au-Prince. Haiti memiliki hampir sembilan juta penduduk.

Empat penduduk terbunuh dan 20 lagi cedera dalam rusuhan di Les Cayes, minggu lalu. Kenderaan PBB dibakar, pengaman diserang dan gudang makanan dipecah masuk penduduk pada Khamis dan Jumaat lalu.

Rusuhan itu menyebabkan Perdana Menteri, Jacques Edouard Alexis mengumumkan pelaburan berjuta dolar terhadap program yang mensasarkan usaha mengurangkan kos sara hidup penduduk.

Di Les Cayes, ketegangan terus memuncak dengan tembakan dilepaskan selepas penunjuk perasaan menyerang rumah Senator Gabriel Fortune menyebabkan dua lelaki cedera, kelmarin.

Seorang penduduk, Maxon Benoit, berkata kerajaan menjadi dalang terhadap ketegangan yang berlaku kerana mereka gagal menguruskan masalah kenaikan harga barang itu dengan berkesan.

"Kenapa mereka tidak menghapuskan cukai produk makanan dan membantu rakyat?" katanya. - Reuters/AP
try , Rabu, April 09, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog