/

Ancaman Sebenar Keselamatan Ialah Mereka Yang Mengeluarkan Senjata - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 22 April - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ancaman sebenar kepada keselamatan ialah disebabkan oleh mereka yang terus mengeluarkan senjata baru dan yang lebih berkesan.

"Kos senjata-senjata ini telah bertambah dengan banyak dan ia tidak memberikan sebarang pulangan kepada pelaburan, dan tidak boleh menyumbang apa-apa kepada keamanan masyarakat.

"Fakta ini mendorong negara-negara yang mengeluarkan senjata ini untuk mencari peperangan. Ketika itu bolehlah senjata-senjata ini digunakan," katanya dalam ucaptama pada persidangan antarabangsa pertama oleh Pusat Untuk Kajian Maklumat Pertahanan (CDSI) di Havana, Cuba pada Isnin.

Teks ucapannya bertajuk "Masalah Keselamatan di Asia dan Kemungkinan Kesannya Terhadap Kestabilan Dunia" difakskan kepada Bernama di sini, hari Selasa.

Dr Mahathir berkata dalam usaha untuk mendapatkan kembali pelaburan mereka, pihak pengeluar senjata yang mahal itu secara agresif telah mempromosikan jualan dan memujuk negara-negara untuk melengkapkan angkatan tentera mereka dengan senjata-senjata berkenaan, menyebabkan perbelanjaan besar.

"Jika sesebuah negara enggan membeli, negara jirannya akan dipujuk untuk membelinya. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan perlumbaan senjata," katanya dan menambah bahawa disebabkan senjata sering diperbaharui, perbelanjaan terhadap senjata oleh negara miskin akan menjadikan mereka lebih miskin.

"Mereka yang menjual senjata sebenarnya ialah orang yang mencipta keadaan tidak selamat," katanya.

Beliau berkata peperangan bukan lagi pilihan dalam menyelesaikan konflik antara negara memandangkan senjata-senjata moden yang menyebabkan kematian dan kemusnahan sangat banyak.

Dr Mahathir berkata terdapat kepercayaan bahawa dunia akan selamat selagi negara kuasa nuklear menyediakan pencegahan nuklear, tetapi negara tenaga nuklear menunjukkan mereka adalah sumber ancaman tentera dan bukan mereka yang tidak mempunyai kuasa nuklear.

Menyentuh mengenai Asia, Dr Mahathir berkata selain pergaduhan di Asia Barat, keseluruhan Asia merupakan rantau yang aman.

"Apa yang berlaku di Asia ialah untuk memberikan rakyat pelbagai negara satu kehidupan yang baik, dan kepentingan dalam pembangunan ekonomi," katanya. - bernama
try , Rabu, April 23, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog