Rustam, yang memblog di Suara Rakyat dan Karya Semasa, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), kumpulan pemikir terkenal negara ini.
Selain menghasilkan buku dan membentangkan fikirannya di pelbagai pertemuan akademik dan bukan ilmiah, beliau giat menulis rencana dan kolum dalam bahasa Inggeris dan Melayu di akhbar-akhbar harian tempatan.
Rustam, seorang yang mudah didekati dan mesra, dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di Tanjong Malim, Perak sebelum menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dan akhirnya ke Universiti Yale.
Ahli sains sosial dan pemikir penuh warna-warni ini diberikan amanah sebagai naib presiden PRM sebelum ia bergabung dengan Parti Keadilan Nasional dan melahirkan PKR.
Allahyaraham hanya menunggu tiga hari lagi untuk majlis pelancaran dua buku terbarunya Failed Nation? Concerns of Malaysian Nationalist dan Social Roots of The Malay Left yang akan disempurnakan oleh Anwar di perpustakaan negeri Selangor di Shah Alam pada Sabtu ini pada 3 petang.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

saya mengucapkan takziah di atas pemergiannya ke rahmatullah.semoga rohnya dirahmati oleh allah s.w.t
BalasPadam