SMS itu yang disediakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mungkin dianggap satu usaha kecil namun sebenarnya ia memberi manfaat kepada orang ramai yang was-was terhadap sesebuah restoran seperti itu.
Setiausaha Kerja PPIM Datuk Nadzim Johan hari ini berkata untuk mendapatkan maklumat itu, pengguna hanya perlu menghantar nombor siri Sijil Pengiktirafan yang dikeluarkan PPIM kepada restoran berkenaan melalui SMS ke nombor 33886.
"Mereka akan menerima maklum balas daripada kita sama ada pengusaha berkenaan benar-benar anggota Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang berdaftar," katanya pada sidang akhbar di Wisma PRESMA, di sini.
Kemudahan SMS itu dijangka dilancarkan pertengahan bulan depan dan bagi setiap SMS yang dibalas, pengguna dicaj 50 sen.
"Kita juga akan pantau di mana berlakunya pertukaran milik daripada pengusaha restoran itu kepada orang bukan Islam dan satu pasukan akan ditubuhkan khusus untuk memantau keadaan seperti ini," katanya.
Berhubung usaha PPIM mengeluarkan Sijil Pengiktirafan Restoran Islam yang baru diperkenalkan, beliau berkata sijil berkenaan boleh ditarik balik sekiranya anggota didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan atau restoran berpindah milik.
"Kita bukan hendak menyaingi sijil halal yang dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) tetapi hanya memberikan kesedaran kepada pengguna Islam khususnya mengenai kepentingan mencari keberkatan dalam hidup yang bukan sahaja melalui ibadah tetapi juga pemakanan," katanya.
Berhubung semakin banyak restoran bukan Islam yang menggantung ayat-ayat suci Al-Quran bertujuan mengelirukan orang ramai, Nadzim berkata ia berlaku kerana ketiadaan akta untuk menghalang penyalahgunaannya. - bernama
Rabu, April 23, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Hantar SMS Untuk Dapatkan Pengesahan Restoran Halal/Muslim silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "