Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 11:45 PM

18Selasa,Mac

Polis lancar operasi cari rumah ke rumah

KUALA LUMPUR 17 Mac – Polis hari ini melancarkan operasi mencari dari rumah ke rumah bagi mengesan Muhamad Asmawi Jalaludin, 11, kanak-kanak yang hilang pada 9 Mac lalu.

Di samping itu, ia bertujuan mengerakkan semula operasi sama bagi mengesan Sharlinie Mohd. Nashar, 8, yang hilang pada 9 Januari yang lalu.

Kaedah itu dianggap taktik serampang dua mata polis dalam usaha menyelesaikan kes kehilangan Muhamad Asmawi dan Sharlinie.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, operasi mencari digerakkan serta-merta mulai hari ini selepas sembilan hari Asmawi dipercayai hilang.

Menurutnya, ia melibatkan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfileds yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah.

Selain operasi mencari rumah ke rumah ini, polis juga menjalankan siasatan dari pelbagai sudut,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Brickfileds di sini hari ini.

Pada majlis itu, Supritendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, 51, yang sebelum ini Ketua Polis Daerah Kemaman secara rasmi mengambil alih tugas Ketua Polis Daerah Brickfileds menggantikan Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi yang bersara bulan lalu.

Muhammad Sabtu menambah, Kehilangan Muhamad Asmawi sejak Ahad lalu masih tidak diklasifikasikan sebagai kes culik kerana kanak-kanak itu cuma dianggap hilang daripada jagaan keluarganya.

Muhamad Asmawi dilaporkan hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127, Jalan Permai Tujuh.

Kanak-kanak itu itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi pada 9 Mac lalu.

Taman tersebut terletak kira-kira 200 meter dari rumah ibunya tetapi murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) La Salle, Brickfields itu tidak pulang setelah keluar dari rumah pada pukul 5.30 petang.

Dalam pada itu, Muhammad Sabtu menambah, polis masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung pengiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa Muhamad Asmawi dalam simpanannya.

Jelasnya, SMS itu dipercayai dari Sabah dan menuntut wang tebusan RM5,000 daripada keluarga mangsa.
try , Selasa, Mac 18, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog