/

Asmawi tidak datang sekolah 79 hari – Guru besar

KUALA LUMPUR 17 Mac – Rekod sekolah menunjukkan Muhamad Asmawi Jalaludin atau lebih dikenali sebagai Awie, 11, tidak hadir 79 hari daripada tempoh 190 hari persekolahan pada 2007.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan La Salle (2), Sopian Mokhtar berkata, Muhamad Asmawi bagaimanapun tidak pernah terlibat dalam sebarang pergaduhan atau dibuli oleh rakan-rakan.

Mungkin dia sendiri tiada keinginan untuk belajar dan saya difahamkan oleh guru kelasnya bahawa dia seolah-olah bersikap eskapisme (lari daripada realiti),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat sekolahnya di Brickfields di sini hari ini.

Menurut Sopian, beberapa pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mendapatkan maklumat daripada pihak sekolah pagi ini.

Sementara itu, rakan sekelas, Ayyub Omar berharap Muhamad Asmawi akan ditemui semula secepat mungkin dan datang ke sekolah untuk bersama-sama rakan lain.

Saya sedih Awie hilang... pulanglah Awie, kami semua rindu akan Awie,” katanya yang ditemui di kelas Tahun 5 Bestari sekolah tersebut.

Seorang lagi rakan, Muhd. Affiz Muhd. Noor pula bingung apa yang terjadi.

Katanya, ini kerana dia bersama Muhamad Asmawi dan seorang lagi rakan menyertai pertandingan mewarna anjuran restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken pada hari kejadian.

Kami berpisah ketika perjalanan pulang dan tidak tahu apa yang terjadi selepas itu,” katanya.

Pada 9 Mac lalu, Muhamad Asmawi dilaporkan hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127, Jalan Permai Tujuh di Lembah Pantai.

Muhamad Asmawi dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.

Oleh TAN MING WAI (Utusan)
try , Selasa, Mac 18, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog