
Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.
Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks.
Akhbar Daily Mail melaporkan semalam, ia hasil kajian terbaru sekumpulan saintis Barat di Universiti Toronto, Kanada, yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita berkulit cerah, berambut perang yang dianggap paling menawan.
Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap - daripada sawo matang kepada kulit hitam sebagai paling menarik.
"Kajian kami mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan, tetapi hakikat. Warna kulit menjadi daya penarik dan antara ciri utama rujukan sosial. Boleh dikatakan, apa yang dianggap sebagai mitos kini menjadi fakta," kata Dr Shyon Baumann, ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu.
Katanya, kajian itu membabitkan penyelidikan ke atas 2,000 gambar iklan yang dipilih berdasarkan model yang dianggap ramai responden daripada pelbagai latar belakang berbeza, sebagai paling menarik di mata mereka.
Model wanita yang menjadi pilihan itu mempunyai kulit putih 15.2 peratus lebih cerah berbanding model lelaki kulit putih, manakala wanita kulit hitam pula 11.1 peratus lebih cerah daripada lelaki kulit hitam yang dipaparkan.
"Lelaki amat tertarik kepada selebriti kulit putih seperti Nicole Kidman dan Kylie Minogue yang dianggap mempamerkan ciri mulia dan baik. Ada juga lelaki yang sukakan wanita berkulit gelap seperti aktres Monica Belluci berbanding aktres kulit cerah, Michelle Pfieffer hanya kerana wanita berkulit gelap itu dianggap lambang kerakusan," katanya. "Wanita sebaliknya, memilih lelaki lebih gelap seperti aktor popular Johnny Depp, Colin Farrell serta Jamie Foxx yang didakwa memiliki tarikan seks tersendiri, misteri, ganas dan bahaya."
Malah, antara bukti kewajaran andaian itu adalah berdasarkan pencapaian dua aktor yang tersenarai - Colin Farrell dan Jamie Foxx berpasangan dalam filem terbaru Miami Vice yang berada di carta atas biarpun menerima ulasan dan kritikan yang kurang menarik.
"Kajian ini membuktikan di dalam budaya kita sendiri sudah wujud satu rujukan tertentu bagaimana seseorang wanita itu perlu tampil dan membawa diri mereka." - Agensi
Selasa, Mac 18, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lelaki kulit gelap dianggap lebih seksi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "