Sebelum ini dipercayai internet akan mendemokrasikan media dengan menonjolkan lebih banyak suara baru, laporan berita dan perspektif. Sebaliknya, agenda pemberitaan menjadi semakin mengecil, dengan kebanyakan laman web menawarkan berita mengenai negara lain, menurut laporan hasil kajian mengenai kewartawanan di sini.
Dua bahan berita - perang di Iraq dan kempen pertandingan presiden Amerika Syarikat 2008 - mewakili lebih daripada satu perempat laporan dalam akhbar, televisyen dan berita online tahun lalu.
Tanpa Iraq, Iran dan Pakistan, laporan dari negara lain di seluruh dunia secara kombinasinya mengisi kurang daripada enam peratus berita Amerika, kata pengendali projek berkenaan.
"Walaupun pembaca akhbar tradisional kekal, kakitangan bagi organisasi berita berkenaan semakin berkurangan," kata Tom Rosenstiel, pengarah projek itu.
Laporan berita kini tidak dianggap produk utama berbanding perkhidmatan di mana ia boleh dikemaskinikan, katanya.
Minggu lalu, sebagai contoh, New York Times menyiarkan laporan awal yang mengaitkan Governor New York, Eliot Spitzer dengan kegiatan pelacuran dan ia kemudian terus menjadi berita paling utama bagi hari berkenaan.
"Beberapa tahun lalu, laman web akhbar dianggap sebagai sesuatu yang boleh menguburkan akhbar harian. Tapi kini akhbar petang dilahirkan semula dalam bentuk online," kata Rosenstiel.
Kajian berasingan mendapati wartawan juga turut menerima perubahan yang sedang berlaku itu. Sebahagian besar menyatakan mereka lebih gemar menulis pada blog dan seronok mendapat maklum balas pembaca terhadap berita yang mereka tulis. Apabila mereka diminta melakukan projek multimedia, kebanyakan wartawan suka melakukannya dan tidak merasai letih.
Bilik berita kini menjadi tempat paling banyak melalui uji kaji dalam bidang ini, menurut hasil kajian itu.
Kebanyakan laman web juga bukan destinasi terakhir. Kajian itu mendapati ramai pengguna menjadikan laman berkenaan, termasuk laman individu, sebagai tapak untuk terus melayari lebih banyak maklumat lain.
Menurut Rosenstiel, beliau mendapati laporan Washington Post boleh dicapai menerusi laman web New York Times.
Satu lagi kejutan yang diperoleh daripada kajian ini ialah laman web dan blog awam kurang mendapat ulasan berbanding laman web dan blog media arus perdana. - AFP
Selasa, Mac 18, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Internet ubah bentuk, perspektif laporan berita silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "