2+4 hrs...Twogether Fourever

Isnin : 21 April 2025   
@ 23 Syawal 1446H / 8:50 PM

2Sabtu,Februari

Microsoft beli Yahoo?

GAMBAR fail ini menunjukkan Filo (kiri), Semel (tengah) dan Yang.

SYARIKAT perisian komputer, Microsoft Corp membuat tawaran untuk membeli enjin carian internet, Yahoo pada harga AS$44.6 bilion (RM144.3 bilion) dalam bentuk wang tunai dan pegangan saham.

Tawaran itu mungkin merupakan satu urus niaga internet yang terbesar pernah dilakukan sejak penggabungan Time Warner dan AOL.

Syarikat Microsoft turut menawarkan AS$31 (RM100.29) untuk setiap satu unit saham Yahoo di mana sahamnya sebelum ini melonjak pada harga AS$30.75 (RM99.48) untuk satu unit.

Spekulasi berhubung tindakan Microsoft mahu membeli Yahoo sudah bertiup kencang setahun lalu ketika para pelabur memikirkan sama ada kedua-dua syarikat tersebut boleh bergabung bagi menentang satu lagi enjin carian gergasi, Google.

"Microsoft mahu melakukan usaha untuk meningkatkan perniagaan dalam talian," kata seorang penganalisis di Sekuriti Pacific Crest, Brendan Barnicle.

Diketuai oleh Bill Gates iaitu individu terkaya di dunia, Microsoft kini sedang mempelbagaikan perniagaan terutamanya dalam pasaran iklan dalam talian di mana saingannya adalah Google.

Microsoft diasaskan oleh Gates yang pernah tercicir ketika belajar di Universiti Harvard bersama rakan rapatnya, Paul Allen pada 1975 di Redmond, Amerika Syarikat (AS).

Syarikat itu kini mempunyai 80,000 pekerja di 104 buah negara di mana 60 peratusnya adalah di AS.

Microsoft juga mempunyai enjin cariannya yang tersendiri iaitu MSN selain mengeluarkan alat permainan popular, Xbox.

Dalam satu sidang akhbar, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Ballmer memberi petunjuk bahawa beliau enggan menerima jawapan 'tidak' daripada Yahoo.

"Ini adalah satu keputusan yang kami dan saya memikirkannya bagi tempoh yang lama. Kami percaya, ia merupakan laluan yang betul untuk Microsoft dan Yahoo," katanya.

Microsoft pernah mengemukakan tawaran untuk membeli Yahoo tetapi ditolak oleh Tery Semel yang meletakkan jawatan pada tahun lalu sebagai ketua pegawai eksekutif.

Syarikat itu kemudian menghantar surat dengan membuat tawaran baru bagi membeli Yahoo kelmarin.

Surat itu dialamatkan kepada pengganti Semel iaitu Pengerusi Yahoo, Roy Bostock dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas bersama, Jerry Yang.

Menurut pandangan Microsoft, Yahoo merupakan peluang terbaiknya untuk menghadapi ancaman Google yang sebelum ini melakukan usaha untuk mengukuhkan cengkamannya dalam bidang enjin carian dan pengiklanan.

Google dianggap sebagai ancaman yang semakin serius terhadap pengaruh Microsoft.

Setakat ini, Google menguasai hampir 60 peratus pasaran AS di mana tempat kedua dibolot oleh Yahoo dan ketiga menjadi milik Microsoft.

Setakat ini, tidak ada kata putus daripada pihak pengurusan Yahoo tetapi menurut satu kenyataan, syarikat itu akan menimbang dengan teliti tawaran berkenaan.

Yahoo ditubuhkan pada 1994 oleh David Filo dan Yang di mana kedua-duanya adalah pelajar di Universiti Stanford, California.

Ia bermula dengan menyediakan kemudahan seperti buku telefon di laman web.

Bagaimanapun, Yahoo mula disenaraikan di pasaran saham pada 1996 dan berpangkalan di Sunnyvale, California dengan beberapa pejabatnya terdapat di Eropah, Asia, Amerika Latin, Australia dan Kanada. - Agensi
try , Sabtu, Februari 02, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog