2+4 hrs...Twogether Fourever

/

'Kopi tegak' beracun dirampas

SALAH seorang kakitangan Bahagian Perkhidmatan Farmasi meneliti produk ‘kopi tegak’ yang dirampas di Kepong dan Pandan Indah, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Selepas aduan demi aduan pengguna diterima selepas menikmati 'kopi tegak', rupa-rupanya minuman popular itu mengandungi racun.

Ini kerana produk yang didakwa campuran ekstrak tongkat ali dan ginseng itu sebenarnya mengandungi sejenis racun berjadual, Sildenafil iaitu ramuan yang biasa terdapat di dalam Viagra.

Ia popular dipanggil 'kopi tegak' kerana turut didakwa mampu memberi rangsangan seks kepada peminumnya yang rata-rata terdiri daripada kaum lelaki.

Racun yang sama dikatakan punca mempercepatkan komplikasi kesihatan termasuk kematian jika peminumnya mempunyai penyakit kronik.

Semalam, selepas ujian makmal terhadap dua produk 'kopi tegak' dibuat, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu dua premis di Metro Prima, Kepong dan di Pandan Indah di sini semalam.

Timbalan Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi, Eisah A. Rahman berkata, dalam kedua-dua serbuan, pihaknya merampas kira-kira 4,000 peket 'kopi tegak'.

Menurutnya, dalam serbuan pertama, premis terbabit berselindung di sebalik perniagaan kosmetik, tetapi dalam masa yang sama menjual produk minuman terbabit.

"Serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai yang mendapati wujud kesan sampingan setelah meminum kopi tersebut dan juga hasil ujian makmal oleh kementerian," ujarnya ketika ditemui di sini semalam.

SEORANG anggota penguat kuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi memeriksa 'kopi tegak' yang dirampas di Kepong semalam.

Menurut Eisah, 'kopi tegak' banyak dijual di kedai makan terutamanya restoran mamak pada harga RM5 sepeket dan ia juga dikatakan dijual menerusi internet secara meluas walaupun tidak mendapat pengesahan daripada kementerian.

"Kami mendapati sekiranya seseorang individu mengambil Sildenafil ia boleh mengalami gangguan pada perut, muntah-muntah, gangguan penglihatan, sesak nafas dan akhirnya membawa kepada kematian," katanya.

Dalam serbuan kira-kira 12 tengah hari itu, pegawai penguat kuasa terlebih dahulu melakukan intipan selama hampir dua minggu dan semalam menyamar sebagai pelanggan sebelum melakukan serbuan.

Terdahulu, kakitangan farmasi menyamar dan membeli sebanyak empat peket kopi di premis berkenaan sebelum merampas lebih 3,000 peket yang dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000.

Katanya, kesalahan bagi premis ini ialah racun tersebut telah dimasukkan ke dalam makanan dan tidak didaftarkan di Kementerian Kesihatan.

Jelas Eisah, penjual kopi berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13 (A) Akta Racun 1952 atas kesalahan produk yang dijual memiliki racun untuk tujuan jualan tanpa lesen.

Jika sabit kesalahan katanya, pengedar terbabit boleh dikenakan penalti sebanyak RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 32 (2) Akta Racun 1952.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Pandan Indah, Eisah memberitahu, pihaknya merampas kira-kira 1,000 peket kopi berkenaan yang bernilai kira-kira RM2,000.

Katanya, 'kopi tegak' yang menggunakan jenama berasingan itu juga didapati dicampurkan dengan Sildenafil dan dijual di pasaran dengan harga RM5 sepeket atau RM50 sekotak yang setiap satu mengandungi 10 peket. - Oleh SUHANA YUSOP (Kosmo!)


try , Rabu, Januari 30, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog